Saturday, 26 December 2009

10 Muharram - Hari Asyura

Bulan yang paling afdhal selepas Ramadan ialah bulan Allah Muharram

Jadi seperti yang semua telah sedia maklum.. hari ini adalah hari Asyura. Kalau kat Malaysia dah dah ramai dah mak cik - mak cik kat umah sedang sibuk nak siapkan bubur asyura yang cara memasaknya memakan masa berjam-jam. So ape sebenarnya dimaksudkan dengan hari Asyura? Apa istimewanya hari ini?
Petikan daripada web - http://www.familiazam.com/hari_asyura.htm

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Begitulah besarnya hikmah yang berlaku pada hari ini. Pelbagai perkara terjadi pada hari ini. Asyura juga berasal daripada perkataan arab iaitu Asyara yang bermaksud Sepuluh(10).
jadi pada hari ini banyak perkara-perkara sunat yang kita boleh laksanakan sebagai contoh yang paling senang iaitu berpuasa sunat pada 10 muharam.

عن أبي قتادة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال صيام يوم عاشوراء إني احتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله (رواه الترمذي
Yang bermaksud : Dari Abi Qatadah, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Berpuasa pada hari Asyura' bahawasanya aku berharap di atas Allah SWT bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala kesalahan pada tahun yang telah lalu.

Selain itu boleh juga bersedekah kepada fakir miskin dan bagi yang dah berkahwin bolehlah spend sedikit masa dengan belanja isteri dan anak2 makan supaya dapat mengembirakan mereka. Sebenarnya masih banyak lagi perkara2 sunat lain yang boleh dilakukan pada hari ini namun rasa macam nak highlightkan yang mana2 senang nak diamalkan. huhuhu.. Best lak bila cite pasal hari Asyura ni.
Hmmmmmm....... So hari ni nak buka puasa ramai2 ke macam mana ni? Best jugak kalau dapat buat makan ramai-ramai macam sambut Hari Raya Aidiladha hari tu. ramai-ramai datang masak sekali dan makan ramai-ramai. Happy sangat masa tu. Terubat rindu nak sambut hari raya korban kat Malaysia. :D
Hmmm.. Mungkin kena tanya member2 lain dulu ni.. hihihihi.. Tapi tak apa. hari ni ak dah dapat faham dengan lebih mendalam apa itu hari Asyura. hmm... Kalau semua nak tahu Hari Asyura ni juga ada sambutan pelik yang disambut oleh Puak Syiah kerana mengenangkan kematian cucu Rasulullah Husin yang mati dibunuh.. Agak menarik untuk direnungkan mengenai Syiah dan boleh d'search' cerita die kat internet. k lah.. besok ade re-test untuk colloq Bahasa latin.. Wish me luck ok!! :D..

1 comment:

  1. jom kite msk rmi2..aku xkesh..sronok..
    ko mskla bubur asyura..aku xreti..
    nyway,
    thanks tuk prkngsian ilmu 2..
    may Allah bless u..

    ReplyDelete