Sunday 24 March 2013

Test Test Test.

Assalamualaikum.


Senyum walau kena lenyek. Kekadang lupa bahwa kita jauh dengan Dia, sebab tu Dia cuit sikit nak ingatkan kita balik. :)



Minggu ni highlight tentang suka duka. Cerita mengenai percaya, keyakinan, kebersihan dan KEIKHLASAN.  Minggu yang ada suka dicampuri duka yang pelbagai. Maka orang kata kalau there's no up and down in your life, then you're dead *sambil tunjuk gambar ECG wave*

Manusia ni memang selalu lupa, saya memang acap kali lupa acap kali lalai. Rasa kalau boleh nak tumbuk sikap lupa nih. Kalo boleh ada yang boleh share doa lawan sikap lupa nih.

*dah berapa kali taip, delete taip delete.*

*dan taip delete, taip delete lagi.*

Betapa blurnya nak menulis post ni. Apa-apa pun, harapnya kita semua dalam mencari kebahagiaan, kita ketemu  cinta hakiki, cinta sejati pada-Nya. :)  

Monday 18 March 2013

Thanks Abah!

Assalamualaikum semua, lama tak bertamu di sini :)


Gambar takde kaitan dengan apa-apa :)



Bulan ni saya sibuk dengan Final Exams dan nak hantar borang praktikal di Malaysia. Alhamdulillah ada kawan yang baik hati untuk tolong uruskan dokumen-dokumen penghantaran surat pekeliling kepada pihak Hospital., Tahun ni, insyaAllah untuk julung kalinya saya akan melaksanakan latihan amali di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Sudah 2 tahun praktikal saya buat di Moscow ni dan saya rasa memang perlu buat di Malaysia sebab nanti kita nak kerja dekat Malaysia bukannya di Negara Soviet ni kan? :)

Lega pasal aplikasi praktikal di Malaysia, masanya untuk hadapi Final Exams untuk cycle kali ini. harap-harap semua berjalan lancar dan seterusnya boleh fikir Malaysia Aku Datang summer nanti. Hoyeah! :)

Call rumah 2 hari lepas, lepas tu Abah cakap beli sesuatu untuk memudahkan saya praktikal nanti. Haha, yang lucunya walaupun hati dah rasa nak melompat kegembiraan dengar berita itu, tiba-tiba tak semena-mena tukar mood jadi 'keep it cool' haha, serius tak faham diri ini. =.=" Terima kasih sangat-sangat Abah! (kalau la Abah baca. Huhu)

Hehe, tak ada cerita nak kongsi, tak ada opinion nak tulis. Have a good day everyone! 

Friday 1 March 2013

New Song!

Jom layan lagu ni. Siapa rasa macam down, rasa letih hadapi masalah, lepas ngadu kat Dia, boleh dengar lagu ni. Buat naik semangat :)

Credit to Blog Hami Asraff, lawat blog beliau sini




:)

Tuesday 26 February 2013

My Love

Assalamualaikum semua.


Pagi ni masa tengah Take 5 (padahal lebih daripada 5 minit.) rasa macam nak tulis entri baru sikit tapi disebabkan kekeringan idea, tak tahu nak tulis apa, buntu hilang punca. Lalu terlintas di hati nak tengok balik coretan hati dekat dalam notes iPod.

Buka je Notes, nampak ada yang dah lebih setahun usia dia! So hari ni nak share dengan semua satu poem yang tak berapa nak poem untuk keriangan hati bersama. :)

Poem ni ditulis masa tengah sedap landing kat katil, bosan tak tahu nak buat apa. Yang ni baru lagi, segar dari ladang. Nama lagi Poem, maka in English lah kan. 

So, without further ado, I present to all of you - My LOVE.

My Love, 

My love for you is PURE, 
My love for you is REAL,
My love for you is SINCERE.

Yet I hope of,

The PUREST love from us to Him,
The REALEST love from us to Him,
The SINCEREST love from us to Him. 



"Our Lord! Grant us in our mates and offspring THE JOY OF OUR EYES and make us patterns for those who guard against evil." (25 : 74)    

Ok, till next time. :) 

p/s : Final exams. (@_@)


Sunday 24 February 2013

Krabi tak jadi

Assalamualaikum dan hi semua.



Krabi Krabi Krabi!

Haha, sikit lagi kelmarin saya dan rakan-rakan nak beli tiket untuk ke Krabi, saja nak rehat-rehat di kawasan kepualauan belah Thailand nih. Elok-elok nak log in Maybank2u untuk bayar tiket flight, dapat berita bahawa Krabi masa tu musim Monsoon, so nasiblah kalau pergi tu kalau mendung or hujan. Akhir sekali kami ambil keputusan batalkan sahaja percutian tersebut dan cari perancangan lain.

Itulah, kita merancang, Allah yang menentukan!

Yang penting, harap dapat pass Pharmacology Final Examination, dapat pass this semester dan BALIK MALAYSIA untuk cuti musim panas nanti. Kampung Galok, Pasir Mas Kelantan, HERE I COME! :D

Pejam celik, pejam celik tahun depan dah  start sixth year (even though sixth year start bulan September 2014) Cuak jugak rasanya nak pikul tanggungjawab sebagai doktor nih. =.=" insyaAllah boleh grad. :)

My love to all, my prayers to us that we live in a blissful life. Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada, insyaAllah. :)

Thursday 7 February 2013

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum semua. 




Awal kita bertamu di TUM nih selepas post terakhir saya mengenai Kunci Cinta. Jadi bagaimana? Sudahkah anda menentukan mana Cinta yang dicari? 


Baiklah, post kali ini bukanlah lanjutan daripada entri Kunci Cinta, ianya lebih kepada Cinta Hati kepada Allah. Bukan nak relate dalam-dalam macam ustaz bagi, tapi nak share pengalaman saya. Tengah panas lagi pengalaman ni. :) 


"Ummi, dok wak gapo tuh? Make doh? Sihat?"

"Ummi dok sajo depe TV jah ni, sihat Alhamdulillah." 
"Owhh, sapo ado drumoh? Buke abe kelik cuti nih?" 
"Ado blako la loni nih. kakak baru kelik, Abby ngan Adik balik cuti jumaat sabtu, abe pom kelik." 
"Hihi, sedak ah pok dio. Tubik make lagi, mace-mace. :( )
"Hadoo, nyo dae lah kelik nati kito wak pulok. Abe Chik lagu mano?"
"Abe Chik lagu ni jah la Ummi, Cuti nih loni, tak buat bgapo pom, dok ssajo jah drumoh."
"ooo.... "
"Ummi, Abe Chik sakit tekok lagi nih, kuat neppuh lidoh. Kalu dok drumoh bulih doh minum air aka kayu hok genyeh blake pinggae tanoh liat tuh. Nyo tehe sikit dih."
"Sakit kuat ko? Doa la Abe Chik banyok-banyok mitok denge tuhe. Buat tok hok ummi ajar hari tu? Baca Yassin pahtu berenti kat ayat hok habis denge Mubin, pahtu mitok lah doa nge Tuhe. Tak gi klinik ko?"
"Hom la ummi, risa jugok benna tengoklah lagu mano. Ok la Ummi, kirim salle ko blako hok ado drumoh. Assalamualaikum."
"Ok ok, dok mmolep lah. Mitop doa nge tuhe banyok tuh. Waalaikumussalam."


Telefon saya letak, dan teruskan dengan aktiviti seharian.


Esok petang, masuk mesej daripada Ummi.


"Cik tak tehe lagi  ko tekak tu minum air sikit sikit tapi kerap la wat air tawa sendiri baca yasin sekali ja tapi bereti dekat mubin doa mitak la ada 7x mubin tu cth imaa min mmubiin."


Dalam hati dah timbul rasa bersalah sebab pergi cerita masalah ini hingga Ummi risau pasal saya. Tapi niat saya ketika itu hanyalah kerana ingin berlindung di bawah barokah Doa seorang Ibu. Sebab itu saya ceritakan juga kepada Ummi. Ummi dengan anak-anak memang dia ambil perhatian sangat, sakit sikit sudah risau. Teringat masa adik bongsu lelah, Ummi Abah berjaga malam berulang alik ke Hospital Tanah Merah  untuk adik sedut Oksigen dari tangki Oksigen di Unit Kecemasan Hospital Tanah Merah. Saya bangun pagi, masa tu Ummi Abah dah pergi ke sekolah, terdengar adik tidur, sambil mengerang kesusahan hendak bernafas kerana penyakit asma.  Kejadian ini berlaku ketika saya sekolah menengah dan pulang bermalam di rumah.

Teringat pula kisah adik lelaki saya yang keempat dalam keluarga, Assif. Dia dijangkiti penyakit Sawan Kancing Gigi ataupun Epileptic Attack. Ia berlaku ketika Abe Nik berumur 6 tahun.  Yang ni jujur saya tidak pernah lihat situasi Abe Nik kena Epileptic Attack tapi bila saya kenang balik, besarnya jasa Ummi Abah jaga Abe Nik di Hospital Tanah Merah hinggakan kami sekeluarga pergi berbuka puasa di sana memandangkan dia ditahan di wad untuk satu tempoh yang saya dah tak ingat berapa lamanya. Yang pasti agak lama jugaklah.


Pastu Abah pula pernah kena demam panas. Ummi lah yang bersusah payah ulang alik ke Hospital Tanah Merah. kami semua kecik- kecik lagi masa tu. Ummi pergi sana, pergi sini. Itu lah jasa seorang IBU. mana mungkin dapat saya balas dengan duit, dengan segulung ijazah, memang tak dapat balas dengan apa-apa. Jasa abah juga memang tiada setanding untuk dibalas. Kalau Abah tak tegas dulu-dulu mana mungkin saya berdiri di tempat saya berdiri sekarang. Abah lah siang malam berguling bating (dialek Kelantan) mencari rezeki untuk anak-anak. Macam - macam mehnah kehidupan kami hadapi bersama. kami selami bersama. 


Maka tiada apa yang mampu saya balas CINTA mereka terhadap saya, hanya doa saya menemani mereka 

semoga dalam jagaan Allah selalu. Jauh di perantauan ni saya serahkan segalanya kepada Allah. Kita tidak mampu untuk menghalang segala ketentuan-Nya tapi apa yang mampu kita berdoa kepada-Nya agar memelihara kesejahteraan ibu bapa. Memang saya rasa helpless, ditambah dengan sudah hampir dua tahun tidak balik ke Malaysia, apa lah yang dah jadi kepada Ummi Abah. Bila tengok gambar-gambar yang adik - beradik hantar di Facebook, jelas wajah ummi abah sudah dimamah usia. Pada Umur 51 tahun, kedua-duanya masih lagi mengerah segala kudrat untuk pergi mengajar kepada anak-anak bangsa.

Sekarang tibalah saya pula di uji dengan secebis sakit - sakit tekak. Pergi jumpa doktor, makan ubat, sembuh dan datang balik. Saya terduduk sendirian, saya mengeluh kenapa la sakit ni datang, rasa tidak senang. Kenapalah susah sangat nak sembuh sepenuhnya. Saya lupa ketika itu bahawa sakit ini adalah ujian daripada Allah. 


Lalu hari ni saya berpeluang untuk bangun awal di pagi hari setelah terlelap kerana minum ubat batuk yangg diprescribekan oleh doktor. Setelah itu timbul pula idea untuk buat bacaan yasin seperti yang Ummi ajarkan tadi. lalu saya gagahkan hati isi air ke dalam satu jag air, letak di atas meja dan duduklah saya membaca surah Yasin seperti yang Ummi ajar tadi. Dalam hati tetap kukuh mengatakan ini hanyalah ikhtiar daripada aku, yang menyembuhkannya ialah Allah. 


Usai bacaan yassin, di selangi doa-doa di setiap ayat yang berakhir dengan Mubiin ( ada 7 tempat semuanya dalam Surah yasiin ni) saya duduk bersandar di kerusi, sambil tangan laju memegang tetikus menghala ke laman web Facebook. Di buka pula profile FB sahabat sekolah menengah saya dan terlihat beliau berkongsi sebuah lagu bertaju MUHASABAH CINTA dibawakan oleh Edcoustic.  Jom dengar bait-bait lagu tersebut.





Tetiba hati tersentuh, Allah hantar saya untuk buka lagu ini, untuk ingatkan saya bahawa sakit ni Allah bagi sebagai ujian, sebagai kifarah dosa-dosa saya yang lalu. Sebelum ni saya terlupa mengenai hal ini, asyik menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terhadap servis doktor yang saya rasakan tidak cemerlang. Ya, saya lupa hakikat sebenar bahawa sakit ini datang daripada Allah untuk hambanya. Ianya satu UJIAN!


Mana mungkin Allah tinggalkan orang yang mengatakan dia beriman sebelum dia diuji dengan sesuatu ujian. Ayat di bawah ini jelas menceritakan segalanya. 


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (QS Al-’Ankabuut : 2)



Moga Allah pimpin hati kita agar terus di jalan yang benar, jalan yang Dia redhai dan bukan jalan yag dia murkai, bukan jalan-jalan orang yang sesat. Amin.


InsyaAllah ambillah kisah ini sebagai pengajaran untuk saya terutamanya dan untuk anda semua. Doakan kesejahteraan kedua orang tua saya, diri saya sekeluarga. Moga sakit tekak ini akan surut, moga hidup ini dihadapi dengan senyuman. Semoga kita mampu mencari SEBUTIR kebahagiaan di celah-celah SEGUNUNG kesusahan. InsyaAllah.

p/s : Credit untuk blog Hidupinas atas gambar di atas.

Salam Jumaat semua!

Monday 4 February 2013

Kunci Cinta




Assalamualaikum, selamat pagi! Jom kita teliti dialog-dialog di bawah,

"Aku akan setia menunggumu wahai rusuk kiriku." Kata si Ahmad dalam post di Facebooknya.

"Wahai bakal Imamku, cinta ini kupendam untuk kita kongsi bersama setelah aku HALAL untukmu." Kata Aminah dalam Twitternya.- TheOfficialAminah.

"Nah, kalau kamu berkenan kat anak saya, sediakan wang hantaran RM10 000 dengan kenduri 3 hari 3 malam." kata Pak Marzuki iaitu bapa kepada Aminah setelah Ahmad datang untuk merisik anaknya,

Klise bukan dialog - dialog di atas tu? Kat mana-mana mesti kita terbaca, terdengar ataupun mungkin kita sendiri yang terlibat dalam sekurang-kurangnya satu dialog di atas. (mungkin bab kenduri 3 hari 3 malam tu sedikit hyperbola.) Hakikatnya dunia sekarang ini begitulah cinta yang pastinya ramai dalam kalangan kita semua gambarkan. Ye dak?

Manusia dengan cinta ni memang tidak dapat kita pisahkan. Tetapi persoalan besarnya sekarang ialah bagaimana kita bawa CINTA kita. Adakah kita pilih untuk mencari kekasih ataupun seorang teman hidup yang akan menemani kita mendepani segala mehnah kehidupan. Apa pilihan kita? Couple atau Kahwin?

Jadi hari ni mari kita berfikir sejenak, guna akal dan tahap kewarasan kita untuk menilai di manakah cinta yang sepatutnya kita bawa dalam hidup. Cinta yang hakiki dan tidak dapat disangkal lagi sudah tentulah cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa cinta kepada-Nya dan Nabi Muhammad s.a.w bagaimana mungkin kita mampu untuk mencintai insan disekeliling kita apatah lagi cinta antara dua insan Ahmad dan Aminah. Jadi usaha pertama kita ialah CINTAILAH ALLAH dan RASUL-NYA, Buatlah macam mana pun, tak dapat masuk usrah untuk tarbiah diri tak apa (tapi saya yakin usrah adalah medan terbaik untuk kita tarbiah diri.) kerana yang kita cari ialah redha Allah, hidayah-Nya maka kita boleh cuba cara lain. Perbetulkan solat, niat dalam kehidupan, akhlak dan hati.

Bercakap mengenai hati mari kita dengar satu pesanan daripada Imam Ghazali.

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kamu temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kamu ketemui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu TIDAK mempunyai HATI!"

Jelas bukan mesej yang Imam Ghazali hendak sampaikan? Baiklah, sekarang kita masuk pula kepada Cinta kita sesama manusia.  ( Alahai playlist main Lagu Kita - Aizat. Stay cool Amzar. Hiks, ngada2.)

Ok, fokus fokus. Sebut pasal cinta yang ini memang semua teruja, dari sekecil - kecil budak sekolah rendah hingga ke tahap pak cik-pak cik warga emas sekalian.  Chop! Kita stop dulu. bebaskan minda kita sekejap. Cinta yang bagaimanakah yang ingin kita bawa? Cinta couple ataupun cinta yang dimulakan dengan lafaz "Aku terima nikahnya si ...... Binti .... dengan mas kahwin ..... tunai." Ok, yang ini nampak sangat klise tapi sedarkah kita bahawa cinta yang mana Allah benarkan kita curahkan kasih sayang kepada yang bukan mahram adalah melalui sebuah institusi perkahwinan. Bukan couple bahkan bukan PERTUNANGAN.

Saya tengok ramai orang dalam persekitaran saya sudah memulakan cinta, menghubungi si dia bercerita suka duka, berkongsi cerita dan masalah dan macam-macam lagi. saya tidaklah pula pergi mencelah dan dengan lantang menghalang mereka daripada meneruskan hubungan tersebut. TDAK! Kita kena faham bahawa setiap orang itu persepsi terhadap cinta adalah berbeza, jika kita secara terus terang, Out Loud mengatakan bahawa COUPLE itu HARAM adakah mereka dapat terima dengan hati terbuka? Jika ianya berlaku kepada saya, pastinya sukar untuk diterima buah fikiran tersebut.

Jadi marilah kita semua duduk bersila, bersama dengar apa yang cuba saya sampaikan. Baik yang sudah berpunya ataupun masih lagi single mingle jom dengarkan bersama, kerana ini adalah buah fikiran saya mengenai cinta. Jujurnya, secebis ideologi yang saya kongsi dan junjung dalam hidup ini diharapkan mampu untuk menarik minat semua ke arah CINTA sebenar.

I'm SINGLE and I'm very proud of it! Kenapa saya berani mati berkata sedemikian? Apa loser sangat dia ni? Haha, bagi saya itu ialah apa yang saya percaya. Saya tidak takut untuk hidup berseorangan tanpa kasih cinta daripada insan yang bukannya bernama Isteri. Kenapa? Sebab saya mahu setiap benda yang saya dan bakal isteri kongsikan akan menjadi yang pertama untuk saya, aka my first time.

Cuba kita bayangkan, daripada kita bercinta tanpa hala tuju, bersembang, bergayut hingga lewat pagi dan akhirnya 'clash' begitu sahaja, lebih baiklah kita fikir untuk masa depan. Fikirkan tentang bakal isteri dan anak-anak kita. Bagi yang lelaki, bagaimana kita boleh menjadi seorang Ketua dalam mengemudi bahtera Rumahtangga dan bagi wanita bagaimana pula hendak menjadi pelengkap kepada sang suami dalam membina mahligai cinta yang bahagia dunia dan insyaAllah menuju ke akhirat.

Jangan kita cakap saja,

"Aku setia menunggumu wahai rusuk kiriku."

"Wahai bakal Imamku, cinta ini kupendam untuk kita kongsi bersama setelah aku HALAL untukmu."

Let's make efforts to reach them. Cinta ni bukan sahaja kerana kita ingin saling mengasihi tetapi kita mahu bersama-sama menuju ke syurga, sesungguhnya jika itu yang dicari, yang dibawa, subhanallah indahnya cinta walaupun pelbagai dugaan Allah bagi. (Ingat dugaan tu Allah bagi untuk uji sama ada kita beriman dan bertakwa kepada-Nya ataupun tidak.)

Jom kita ubah sedikit demi sedikit hidup kita, gaya kita bercakap, tempat tinggal kita. Bagi yang lelaki haruslah rajin melakukan kerja-kerja membersih rumah tanpa disuruh, malah ketika kita bujang trang tang tang ni lah kita asuh diri kita untuk melakukannya supaya nanti kita tidak merasa berat untuk membantu Isteri kita kerana Isteri itu bukanlah orang gaji yang boleh kita perkudakan sesuka hati kita. (orang gaji pun tak leh kita buat gitu.)

Baiklah, saya tinggalkan kalian untuk berfikir sejenak, jangan cuba tipu diri kita sendiri. Kita tahu yang mana putih yang mana hitam, yang mana HALAL dan yang mana HARAM. Saya sama seperti sesetengah anda semua, insan yang berjalan di muka bumi ini, dicalit dengan pelbagai dosa-dosa hina namun digagahkan hati untuk berjalan menuju redha-Nya. Cuma jangan sekali-kali kita bersangka buruk kepada Allah.

Firman-Nya dalam Hadis Qudsi;

"Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu"

p/s

1) Mohon maaf buat semua sebab biarkan blog ni bersawang tanpa post untuk tempoh yang lama. doakan   untuk saya terus berkarya di blog ni. ;)

2) Tahniah kepada sahabat sekelas merangkap ketua kelas 5 Alpha Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Muhammad Zakwan Fahmi bin Zahari yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama isteri Nuramalini Muhamad Amri. You rock bro! Boleh singgah blog isterinya di sini




3) Hari ni nak keluar shopping! Hoyeahh. Jom borong2 winter sale nih. Haha, harap jangan boros sangat.

4) Kekayaan di dunia ini bukanlah kerana kaya harta benda semata-mata, tetapi kerana kita kaya hati, kaya kasih sayang dan cinta. :)

5) Have a nice day you guys!