Monday, 18 March 2013

Thanks Abah!

Assalamualaikum semua, lama tak bertamu di sini :)


Gambar takde kaitan dengan apa-apa :)



Bulan ni saya sibuk dengan Final Exams dan nak hantar borang praktikal di Malaysia. Alhamdulillah ada kawan yang baik hati untuk tolong uruskan dokumen-dokumen penghantaran surat pekeliling kepada pihak Hospital., Tahun ni, insyaAllah untuk julung kalinya saya akan melaksanakan latihan amali di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Sudah 2 tahun praktikal saya buat di Moscow ni dan saya rasa memang perlu buat di Malaysia sebab nanti kita nak kerja dekat Malaysia bukannya di Negara Soviet ni kan? :)

Lega pasal aplikasi praktikal di Malaysia, masanya untuk hadapi Final Exams untuk cycle kali ini. harap-harap semua berjalan lancar dan seterusnya boleh fikir Malaysia Aku Datang summer nanti. Hoyeah! :)

Call rumah 2 hari lepas, lepas tu Abah cakap beli sesuatu untuk memudahkan saya praktikal nanti. Haha, yang lucunya walaupun hati dah rasa nak melompat kegembiraan dengar berita itu, tiba-tiba tak semena-mena tukar mood jadi 'keep it cool' haha, serius tak faham diri ini. =.=" Terima kasih sangat-sangat Abah! (kalau la Abah baca. Huhu)

Hehe, tak ada cerita nak kongsi, tak ada opinion nak tulis. Have a good day everyone! 

2 comments:

  1. Yah : haha, buke jadi hak milik pom, sekadar guna utk g praktikal jah. Tahniah dapat ahli keluarga baru. Moga cepat2 naik pangkat jadi Mok Yah. :D

    ReplyDelete