Monday 4 February 2013

Kunci Cinta




Assalamualaikum, selamat pagi! Jom kita teliti dialog-dialog di bawah,

"Aku akan setia menunggumu wahai rusuk kiriku." Kata si Ahmad dalam post di Facebooknya.

"Wahai bakal Imamku, cinta ini kupendam untuk kita kongsi bersama setelah aku HALAL untukmu." Kata Aminah dalam Twitternya.- TheOfficialAminah.

"Nah, kalau kamu berkenan kat anak saya, sediakan wang hantaran RM10 000 dengan kenduri 3 hari 3 malam." kata Pak Marzuki iaitu bapa kepada Aminah setelah Ahmad datang untuk merisik anaknya,

Klise bukan dialog - dialog di atas tu? Kat mana-mana mesti kita terbaca, terdengar ataupun mungkin kita sendiri yang terlibat dalam sekurang-kurangnya satu dialog di atas. (mungkin bab kenduri 3 hari 3 malam tu sedikit hyperbola.) Hakikatnya dunia sekarang ini begitulah cinta yang pastinya ramai dalam kalangan kita semua gambarkan. Ye dak?

Manusia dengan cinta ni memang tidak dapat kita pisahkan. Tetapi persoalan besarnya sekarang ialah bagaimana kita bawa CINTA kita. Adakah kita pilih untuk mencari kekasih ataupun seorang teman hidup yang akan menemani kita mendepani segala mehnah kehidupan. Apa pilihan kita? Couple atau Kahwin?

Jadi hari ni mari kita berfikir sejenak, guna akal dan tahap kewarasan kita untuk menilai di manakah cinta yang sepatutnya kita bawa dalam hidup. Cinta yang hakiki dan tidak dapat disangkal lagi sudah tentulah cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa cinta kepada-Nya dan Nabi Muhammad s.a.w bagaimana mungkin kita mampu untuk mencintai insan disekeliling kita apatah lagi cinta antara dua insan Ahmad dan Aminah. Jadi usaha pertama kita ialah CINTAILAH ALLAH dan RASUL-NYA, Buatlah macam mana pun, tak dapat masuk usrah untuk tarbiah diri tak apa (tapi saya yakin usrah adalah medan terbaik untuk kita tarbiah diri.) kerana yang kita cari ialah redha Allah, hidayah-Nya maka kita boleh cuba cara lain. Perbetulkan solat, niat dalam kehidupan, akhlak dan hati.

Bercakap mengenai hati mari kita dengar satu pesanan daripada Imam Ghazali.

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kamu temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kamu ketemui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu TIDAK mempunyai HATI!"

Jelas bukan mesej yang Imam Ghazali hendak sampaikan? Baiklah, sekarang kita masuk pula kepada Cinta kita sesama manusia.  ( Alahai playlist main Lagu Kita - Aizat. Stay cool Amzar. Hiks, ngada2.)

Ok, fokus fokus. Sebut pasal cinta yang ini memang semua teruja, dari sekecil - kecil budak sekolah rendah hingga ke tahap pak cik-pak cik warga emas sekalian.  Chop! Kita stop dulu. bebaskan minda kita sekejap. Cinta yang bagaimanakah yang ingin kita bawa? Cinta couple ataupun cinta yang dimulakan dengan lafaz "Aku terima nikahnya si ...... Binti .... dengan mas kahwin ..... tunai." Ok, yang ini nampak sangat klise tapi sedarkah kita bahawa cinta yang mana Allah benarkan kita curahkan kasih sayang kepada yang bukan mahram adalah melalui sebuah institusi perkahwinan. Bukan couple bahkan bukan PERTUNANGAN.

Saya tengok ramai orang dalam persekitaran saya sudah memulakan cinta, menghubungi si dia bercerita suka duka, berkongsi cerita dan masalah dan macam-macam lagi. saya tidaklah pula pergi mencelah dan dengan lantang menghalang mereka daripada meneruskan hubungan tersebut. TDAK! Kita kena faham bahawa setiap orang itu persepsi terhadap cinta adalah berbeza, jika kita secara terus terang, Out Loud mengatakan bahawa COUPLE itu HARAM adakah mereka dapat terima dengan hati terbuka? Jika ianya berlaku kepada saya, pastinya sukar untuk diterima buah fikiran tersebut.

Jadi marilah kita semua duduk bersila, bersama dengar apa yang cuba saya sampaikan. Baik yang sudah berpunya ataupun masih lagi single mingle jom dengarkan bersama, kerana ini adalah buah fikiran saya mengenai cinta. Jujurnya, secebis ideologi yang saya kongsi dan junjung dalam hidup ini diharapkan mampu untuk menarik minat semua ke arah CINTA sebenar.

I'm SINGLE and I'm very proud of it! Kenapa saya berani mati berkata sedemikian? Apa loser sangat dia ni? Haha, bagi saya itu ialah apa yang saya percaya. Saya tidak takut untuk hidup berseorangan tanpa kasih cinta daripada insan yang bukannya bernama Isteri. Kenapa? Sebab saya mahu setiap benda yang saya dan bakal isteri kongsikan akan menjadi yang pertama untuk saya, aka my first time.

Cuba kita bayangkan, daripada kita bercinta tanpa hala tuju, bersembang, bergayut hingga lewat pagi dan akhirnya 'clash' begitu sahaja, lebih baiklah kita fikir untuk masa depan. Fikirkan tentang bakal isteri dan anak-anak kita. Bagi yang lelaki, bagaimana kita boleh menjadi seorang Ketua dalam mengemudi bahtera Rumahtangga dan bagi wanita bagaimana pula hendak menjadi pelengkap kepada sang suami dalam membina mahligai cinta yang bahagia dunia dan insyaAllah menuju ke akhirat.

Jangan kita cakap saja,

"Aku setia menunggumu wahai rusuk kiriku."

"Wahai bakal Imamku, cinta ini kupendam untuk kita kongsi bersama setelah aku HALAL untukmu."

Let's make efforts to reach them. Cinta ni bukan sahaja kerana kita ingin saling mengasihi tetapi kita mahu bersama-sama menuju ke syurga, sesungguhnya jika itu yang dicari, yang dibawa, subhanallah indahnya cinta walaupun pelbagai dugaan Allah bagi. (Ingat dugaan tu Allah bagi untuk uji sama ada kita beriman dan bertakwa kepada-Nya ataupun tidak.)

Jom kita ubah sedikit demi sedikit hidup kita, gaya kita bercakap, tempat tinggal kita. Bagi yang lelaki haruslah rajin melakukan kerja-kerja membersih rumah tanpa disuruh, malah ketika kita bujang trang tang tang ni lah kita asuh diri kita untuk melakukannya supaya nanti kita tidak merasa berat untuk membantu Isteri kita kerana Isteri itu bukanlah orang gaji yang boleh kita perkudakan sesuka hati kita. (orang gaji pun tak leh kita buat gitu.)

Baiklah, saya tinggalkan kalian untuk berfikir sejenak, jangan cuba tipu diri kita sendiri. Kita tahu yang mana putih yang mana hitam, yang mana HALAL dan yang mana HARAM. Saya sama seperti sesetengah anda semua, insan yang berjalan di muka bumi ini, dicalit dengan pelbagai dosa-dosa hina namun digagahkan hati untuk berjalan menuju redha-Nya. Cuma jangan sekali-kali kita bersangka buruk kepada Allah.

Firman-Nya dalam Hadis Qudsi;

"Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu"

p/s

1) Mohon maaf buat semua sebab biarkan blog ni bersawang tanpa post untuk tempoh yang lama. doakan   untuk saya terus berkarya di blog ni. ;)

2) Tahniah kepada sahabat sekelas merangkap ketua kelas 5 Alpha Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Muhammad Zakwan Fahmi bin Zahari yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama isteri Nuramalini Muhamad Amri. You rock bro! Boleh singgah blog isterinya di sini




3) Hari ni nak keluar shopping! Hoyeahh. Jom borong2 winter sale nih. Haha, harap jangan boros sangat.

4) Kekayaan di dunia ini bukanlah kerana kaya harta benda semata-mata, tetapi kerana kita kaya hati, kaya kasih sayang dan cinta. :)

5) Have a nice day you guys!













No comments:

Post a Comment