Thursday 7 February 2013

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum semua. 




Awal kita bertamu di TUM nih selepas post terakhir saya mengenai Kunci Cinta. Jadi bagaimana? Sudahkah anda menentukan mana Cinta yang dicari? 


Baiklah, post kali ini bukanlah lanjutan daripada entri Kunci Cinta, ianya lebih kepada Cinta Hati kepada Allah. Bukan nak relate dalam-dalam macam ustaz bagi, tapi nak share pengalaman saya. Tengah panas lagi pengalaman ni. :) 


"Ummi, dok wak gapo tuh? Make doh? Sihat?"

"Ummi dok sajo depe TV jah ni, sihat Alhamdulillah." 
"Owhh, sapo ado drumoh? Buke abe kelik cuti nih?" 
"Ado blako la loni nih. kakak baru kelik, Abby ngan Adik balik cuti jumaat sabtu, abe pom kelik." 
"Hihi, sedak ah pok dio. Tubik make lagi, mace-mace. :( )
"Hadoo, nyo dae lah kelik nati kito wak pulok. Abe Chik lagu mano?"
"Abe Chik lagu ni jah la Ummi, Cuti nih loni, tak buat bgapo pom, dok ssajo jah drumoh."
"ooo.... "
"Ummi, Abe Chik sakit tekok lagi nih, kuat neppuh lidoh. Kalu dok drumoh bulih doh minum air aka kayu hok genyeh blake pinggae tanoh liat tuh. Nyo tehe sikit dih."
"Sakit kuat ko? Doa la Abe Chik banyok-banyok mitok denge tuhe. Buat tok hok ummi ajar hari tu? Baca Yassin pahtu berenti kat ayat hok habis denge Mubin, pahtu mitok lah doa nge Tuhe. Tak gi klinik ko?"
"Hom la ummi, risa jugok benna tengoklah lagu mano. Ok la Ummi, kirim salle ko blako hok ado drumoh. Assalamualaikum."
"Ok ok, dok mmolep lah. Mitop doa nge tuhe banyok tuh. Waalaikumussalam."


Telefon saya letak, dan teruskan dengan aktiviti seharian.


Esok petang, masuk mesej daripada Ummi.


"Cik tak tehe lagi  ko tekak tu minum air sikit sikit tapi kerap la wat air tawa sendiri baca yasin sekali ja tapi bereti dekat mubin doa mitak la ada 7x mubin tu cth imaa min mmubiin."


Dalam hati dah timbul rasa bersalah sebab pergi cerita masalah ini hingga Ummi risau pasal saya. Tapi niat saya ketika itu hanyalah kerana ingin berlindung di bawah barokah Doa seorang Ibu. Sebab itu saya ceritakan juga kepada Ummi. Ummi dengan anak-anak memang dia ambil perhatian sangat, sakit sikit sudah risau. Teringat masa adik bongsu lelah, Ummi Abah berjaga malam berulang alik ke Hospital Tanah Merah  untuk adik sedut Oksigen dari tangki Oksigen di Unit Kecemasan Hospital Tanah Merah. Saya bangun pagi, masa tu Ummi Abah dah pergi ke sekolah, terdengar adik tidur, sambil mengerang kesusahan hendak bernafas kerana penyakit asma.  Kejadian ini berlaku ketika saya sekolah menengah dan pulang bermalam di rumah.

Teringat pula kisah adik lelaki saya yang keempat dalam keluarga, Assif. Dia dijangkiti penyakit Sawan Kancing Gigi ataupun Epileptic Attack. Ia berlaku ketika Abe Nik berumur 6 tahun.  Yang ni jujur saya tidak pernah lihat situasi Abe Nik kena Epileptic Attack tapi bila saya kenang balik, besarnya jasa Ummi Abah jaga Abe Nik di Hospital Tanah Merah hinggakan kami sekeluarga pergi berbuka puasa di sana memandangkan dia ditahan di wad untuk satu tempoh yang saya dah tak ingat berapa lamanya. Yang pasti agak lama jugaklah.


Pastu Abah pula pernah kena demam panas. Ummi lah yang bersusah payah ulang alik ke Hospital Tanah Merah. kami semua kecik- kecik lagi masa tu. Ummi pergi sana, pergi sini. Itu lah jasa seorang IBU. mana mungkin dapat saya balas dengan duit, dengan segulung ijazah, memang tak dapat balas dengan apa-apa. Jasa abah juga memang tiada setanding untuk dibalas. Kalau Abah tak tegas dulu-dulu mana mungkin saya berdiri di tempat saya berdiri sekarang. Abah lah siang malam berguling bating (dialek Kelantan) mencari rezeki untuk anak-anak. Macam - macam mehnah kehidupan kami hadapi bersama. kami selami bersama. 


Maka tiada apa yang mampu saya balas CINTA mereka terhadap saya, hanya doa saya menemani mereka 

semoga dalam jagaan Allah selalu. Jauh di perantauan ni saya serahkan segalanya kepada Allah. Kita tidak mampu untuk menghalang segala ketentuan-Nya tapi apa yang mampu kita berdoa kepada-Nya agar memelihara kesejahteraan ibu bapa. Memang saya rasa helpless, ditambah dengan sudah hampir dua tahun tidak balik ke Malaysia, apa lah yang dah jadi kepada Ummi Abah. Bila tengok gambar-gambar yang adik - beradik hantar di Facebook, jelas wajah ummi abah sudah dimamah usia. Pada Umur 51 tahun, kedua-duanya masih lagi mengerah segala kudrat untuk pergi mengajar kepada anak-anak bangsa.

Sekarang tibalah saya pula di uji dengan secebis sakit - sakit tekak. Pergi jumpa doktor, makan ubat, sembuh dan datang balik. Saya terduduk sendirian, saya mengeluh kenapa la sakit ni datang, rasa tidak senang. Kenapalah susah sangat nak sembuh sepenuhnya. Saya lupa ketika itu bahawa sakit ini adalah ujian daripada Allah. 


Lalu hari ni saya berpeluang untuk bangun awal di pagi hari setelah terlelap kerana minum ubat batuk yangg diprescribekan oleh doktor. Setelah itu timbul pula idea untuk buat bacaan yasin seperti yang Ummi ajarkan tadi. lalu saya gagahkan hati isi air ke dalam satu jag air, letak di atas meja dan duduklah saya membaca surah Yasin seperti yang Ummi ajar tadi. Dalam hati tetap kukuh mengatakan ini hanyalah ikhtiar daripada aku, yang menyembuhkannya ialah Allah. 


Usai bacaan yassin, di selangi doa-doa di setiap ayat yang berakhir dengan Mubiin ( ada 7 tempat semuanya dalam Surah yasiin ni) saya duduk bersandar di kerusi, sambil tangan laju memegang tetikus menghala ke laman web Facebook. Di buka pula profile FB sahabat sekolah menengah saya dan terlihat beliau berkongsi sebuah lagu bertaju MUHASABAH CINTA dibawakan oleh Edcoustic.  Jom dengar bait-bait lagu tersebut.





Tetiba hati tersentuh, Allah hantar saya untuk buka lagu ini, untuk ingatkan saya bahawa sakit ni Allah bagi sebagai ujian, sebagai kifarah dosa-dosa saya yang lalu. Sebelum ni saya terlupa mengenai hal ini, asyik menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terhadap servis doktor yang saya rasakan tidak cemerlang. Ya, saya lupa hakikat sebenar bahawa sakit ini datang daripada Allah untuk hambanya. Ianya satu UJIAN!


Mana mungkin Allah tinggalkan orang yang mengatakan dia beriman sebelum dia diuji dengan sesuatu ujian. Ayat di bawah ini jelas menceritakan segalanya. 


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (QS Al-’Ankabuut : 2)



Moga Allah pimpin hati kita agar terus di jalan yang benar, jalan yang Dia redhai dan bukan jalan yag dia murkai, bukan jalan-jalan orang yang sesat. Amin.


InsyaAllah ambillah kisah ini sebagai pengajaran untuk saya terutamanya dan untuk anda semua. Doakan kesejahteraan kedua orang tua saya, diri saya sekeluarga. Moga sakit tekak ini akan surut, moga hidup ini dihadapi dengan senyuman. Semoga kita mampu mencari SEBUTIR kebahagiaan di celah-celah SEGUNUNG kesusahan. InsyaAllah.

p/s : Credit untuk blog Hidupinas atas gambar di atas.

Salam Jumaat semua!

No comments:

Post a Comment