Tuesday 2 October 2012

Di Bumi Itu.

Assalamualaikum semua.

Bumi mana ni? Bumi mana? Sebenarnya nak cerita kesempatan aku jejak kaki ke bumi Syria yang mana kita semua maklum  tengah bergolak melawan rejim basyar yang kejam tu. Bila tengok balik bumi Syria sekarang, rasa sedih sebab bumi aman itu hilang sudah ketenangan yang sempat aku dan kawan-kawan aku rasa. Kota Aleppo, Damascus, Homs  dan Hama adalah seingat aku tempat yang kami sempat pergi dan semua tempat tu banyak sangat-sangat kenangan sejarah terutamanya, Makam Nabi Yahya, Makam Nabi Khidir di dalam kota Aleppo (untuk perhatian makam ni sebenarnya bukan sahaja bermaksud tempat mayat disemadikan tetapi juga bermaksud tempat yang pernah dilalui atau dijejaki oleh seseorang itu.) Makam nabi Musa, Masjid Umawi, Makam tempat kepala Saidina Hussin disemadikan, Makam Salehuddin Al-Ayyubi dan beberapa lagi makam dan masjid-masjid yang indah tak terkata.

Tapi bila tengok sekarang, kanak-kanak disembelih dibunuh, anak-anak dara dirogol, dihina, dijadikan boneka. Akibat siapa? Akibat kejamnya si pemerintah kuku besi Rejim Basyar. Teringat lagi ketika kami singgah makan di sebuah kedai dalam perjalanan di Syria, kami tertanya-tanya siapakah yang terpampang di poster di serata kedai? Lalu ustaz ceritakan bahawa itulah Basyar. pemerintah diktator Syria. Untuk menunjukkan betapa takutnya rakyat terhadap rejim nih, nama Mamat Basyar di pun dilarang namanya disebut ketika di tempat awam. Takut, tidak senang katanya ustaz.

Aku pun tak tahulah sejauh mana kesahihan hal sebut nama ni sebab aku pun takde lah nak sebut nama mamat ni pulak kat situ. Syria ni walaupun dia diperintah oleh puak Syiah, tetapi realitinya majoriti di sana ialah puak Sunni. Merekalah yang ditindas diperkotak-katikkan oleh rejim Basyar. Kita semua maklum bahawa sebagai seorang yang beraliran Sunni jadi gaya, sikap mereka juga adalah familiar bagi kita sebab kita pun beraliran Sunni. Ye dak?

Masa kitorang sampai di Kota Aleppo tu, kami mengambil keputusan untuk keluar ke sebuah sauna atau lebih dikenali sebagai Hamam di sana untuk rehat-rehat setelah seharian perjalanan dari Turki ke Syria. Sedang kami berjalan menuju ke Hamam tersebut yang dikhabarkan baru sahaja dibuka, kami ditegur oleh 2 orang anak muda Syria (baya - baya kami) Seingat aku perkara pertama yang mereka tanyakan ialah "Anda Sunni?" Kami jawab "Ya, kami sunni!" Dengan muka riang kami semua bersalam-salaman dan mereka pun mulalah bercerita dalam bahasa Arab yang tak kami fahami kecuali 2 3 orang je rasanya mengenai Kota Aleppo dan kubunya (Aleppo Citadel) yang berada di sebelah kiri kami . Entah lah, tapi nasib baik ada ustaz yang jadi penterjemah kami.

Rasanya anak muda yang 2 itu jugalah sekarang yang sedang berjuang menentang Rejim Basyar dan mungkin juga mereka berdua telah syahid kita pun tidak tahu. Yang penting kita doakan kejayaan mereka di sana.

Negara syiah seperti Iran dan Lebanon juga sebenarnya yang membantu Rejim Basyar daripada ditumbangkan oleh revolusi anak muda Syria ini. Mereka menghulurkan bantuan ketenteraan, kelengkapan artileri untuk menumpaskan Pejuang Syria. Jangan lagi kita tertipu dengan helah Mahmoud Ahmandinejad yang secara terbuka menghentam Israel tetapi sebenarnya sedang enak menipu daya umat Islam di dunia. Sudahlah Syiah, apa lagi alasan untuk membolehkan kita mempercayai mereka semua ini?

Aku juga risau bila mendengar khabar bahawa fahaman Syiah kian menular di tanah airku Malaysia. Aku juga tidak faham kenapa fahaman ini boleh tiba di Malaysia sedangkan rakyat sedia maklum bahayanya Syiah ini. Senang sahaja pegangan aku, perhatikan tingkah laku mereka, jika pelik, gaya sembahyang pelik itu jangan didekati.

 Kami pernah singgah di sebuah masjid yang namanya aku dah tak ingat, tempat ni kiranya macam Mekah untuk orang Syiah. Di dalamnya ada sebuah makan (aku lupa makam siapa, sesape ingat tolong sharekan) di  mana mereka ni menangisi pemergiannya, meratapi dengan bacaan yang pelik, menangis-nangis sambil memukul dada, anak kecil dibawa dekat ke makam tersebut konon-kononya nak ambil berkat, dan paling aku tak boleh terima di atas kubah makam tersebut berlambak-lambak anak patung yang dibaling ke  atas untuk kepercayaan apa, aku sendiri pun masih musykil. Nanti aku sertakan video yang sempat aku rakam di masjid itu (bakal diupdate nanti). Nasib baiklah kerana identiti kami sebagai seorang Sunni tidak bocor ketika melawat masjid tersebut kalau tak, tidak tahulah apa yang akan terjadi.

So apa yang kita boleh buat? Hendak turut berjihad sebaris dengan anak muda Syria terus terang aku katakan  masih belum mampu. Hanya doa yang boleh kita panjatkan kepada mereka agar perjuangan mereka ni diakhiri dengan sebuah kejayaan. Satu lagi cara yang penting yang aku rasa patut kita buat ialah dengan Boikot ISRAEL! Walaupun ada sesetengah mempertikaikan mengapa harus kita boikot barangan Israel sedangkan kita semua faham bahawa ianya tidak memberi kesan kepada institusi haram yang dibina Lahabau Israel itu. Bukan isu dapat menggoyahkan mereka ataupun yang sewaktu dengannya yang kita perlu tekan di sini, tetapi nanti bila kita ditanya tentang apa sumbangan kita dalam membantu saudara-saudara kita terutamanya di Palestin, kita ada hujah. "Aku cuba jalankan tanggunjawabku untuk tidak bersubahat dengan Israel!"

Siapa kata tindakan Boikot Israel itu tidak memberi kesan? Apa dah jadi dengan Mc Donald Malaysia? Sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa McD Malaysia tidak memberi sumbangan kepada Israel. Adakah mereka selesa bila diboikot? TIDAK! Apa pula yang terjadi dengan gergasi telefon suatu masa dahulu iaitu Nokia? Nyawa-nyawa ikan bukan? Sabar, mungkin usaha ini kita anggap kecil tapi percayalah jika kita membeli barangan Israel ni ibarat kita menyumbang sebutir peluru untuk dihidangkan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

Aiseh, termelencong pulak dari cerita bumi Syria. Oh tidak, maksud aku mungkin kita tidak nampak apa penglibatan Israel dalam Hal Revolusi Syria ini tapi kita kena peka yang Amerika sekarang cuba mengendap peluang yang ada seperti yag telah meraka lakukan di Libya untuk mencelah masuk dan mengambil alih penguasaan serta membolot harta kekayaan yang ada di bumi Syria seperti mana hasil cari gali petroleum di Libya yang sekarang berjaya dikuasai pihak Amerika. Sedarkah kita, Amerika tu kan sekutu kuat mamat Hitam Israel ni? So So? Open our eyes. Look around you. :) Alahai macam Maher Zain punya lagu lak. Hiks.

Gitulah apa yang aku cuba sampaikan. Usaha sikit takpe biarlah orang nak pandang enteng tapi kita paham kenapa kita buat dan kita yakin apa yang kita buat ni adalah betul. Yakinlah, percayalah suatu hari nanti jika waktu menyebelahi kita untuk bangkit berjuang, mengangkat senjata kita kena bersedia, Jiwa dan raga! Aku pun masih jauh dari bersedia dengan diri yang masih tidak terjaga. Tapi yakinlah untuk berubah itu is not an overnight thing, it takes time. Prepare yourself. Buat kawan-kawan seperjuangan dalam bidang perubatan ni, jom tanamkan semangat untuk suatu hari nanti kita akan sampai ke bumi Palestin untuk membantu saudara-saudara kita, merawat mereka yang tercedera dan jika perlu. bersama-sama mengangkat senjata untuk melawan Zionis di Bumi itu.

Aku akhiri dengan harapan perjuangan di bumi Syria itu akan berakhir dengan kemenangan kerana aku ingin melihat kita sebagai umat Islam bangkit sebagai sebuah kuasa besar bukan lagi bagai buih-buih di tepian pantai. Ramai tapi dipandang rendah oleh lawan. Aku ingin menjejakkan kaki kembali ke sana, KE BUMI SYRIA itu.

Salam hormat.





Di hadapan sebuah pintu gerbang di Aleppo Citadel





Menunggu hidangan di sebuah retoran di Syria.





Sambungan pintu gerbang tadi.





Salah sebuah masjid di Syria (rasanya ni Masjid Umawi yang satu lagi.)



Makam persemadian tokoh pejuang Islam - Salehuddin Al-Ayyubi





Di hadapan sebuah kincir air  antara yang tertua di dunia di Homs.





Pintu masuk ke Aleppo Citadel





Tugu peringatan Salehuddin Al-Ayyubi.


No comments:

Post a Comment