Saturday, 23 October 2010

Malam ini...

Assalamualaikum semua.
Malam ini, di saat saya cuba memenuhi janji terhadap diri sendiri untuk menyiapkan artikel "Bola Sepak, Anak, Ibubapa, dan Keluarga" hati ini tersentak dek terlintas di jiwa bahawa yang ditulis bukanlah sebuah persoalan yang cuba dirungkai dan dikongsi bersama tetapi adalah hanya satu karangan esei bertujuan meng'ada'kan artikel itu di blog Memberi Sebelum Menerima.
Bukan itu sahaja, ini membuka minda dan mata hati saya supaya terus dan terus mendalami Islam itu sendiri dengan sedalam-dalamnya. InsyaAllah. Tersedar dari lamunan bahawa diri ini begitu cetek dengan ilmu agama-Mu dan semoga Engkau permudahkanku dalam perjalanan menuju ke arah jalan yag benar, yang diredhai-Mu.
Moga Allah memberkati kita semua, sentiasa kita dalam Barakah-Nya dan dijauhi segala keburukan serta diberi kita kekuatan untuk menghadapai dugaan dari-Nya. Kerana Allah sayangkan kita maka Dia menguji kita.
Sebagai ganti untuk artikel yang tidak dapat disiapkan itu maka saya kongsikan bersama sahabat semua sebuah nasyid. Semoga setiap lirik seni katanya dapat kita hayati dalam menuju jalan redha Allah yang juga terletak kepada redha ibubapa kita.
Ummi Abah, abe chik minta maaf blako salah silap slamo ni dan meme diri ni banyok sangat-sangat wak saloh ko ummi dan abah. Moga segala silap diri in dapat dimaafkan, halalkan makan minum abe chik slamo ni. Hanya redha ummi dan abah jah hok abe chik nak. insyaAllah.

Kump : Firdaus
Tajuk : Permata Ayah Bonda

No comments:

Post a Comment