Tuesday, 19 October 2010

Tua dan Muda

Zaman Muda

"Adam,kau x puas ke?hari-hari pergi masjid.Dalam hidup kau, memang x pernah enjoy ek?"tanya Abu.

"Masya Allah,kenapa?bukan kita,orang Muslim memang kena pergi masjid kan?kau x blaja pendidikan Islam ke kat skolah dlu?"rungut Adam

"Blaja la.tp kau x pernah teringin ke nak hidup macam anak muda lain?lepak malam2,tgk wayang dgn awek cun,?"kata Abu

"Abu,semua tu perkara lagha.Aku x kan pernah buat perkara macam tuh.Aku nak abiskan zaman muda dan tua aku dengan perkara2 berfaedah.Aku berharap setiap perbuatan yg aku lakukan mendapat keberkatan Allah s.w.t"

"Ala,nanti tua2 kita bertaubat la.Zaman muda2 cam ni kita enjoy dlu!"jawab Abu sambil gelak dengan keriangan



"Masya Allah.Sedarlah Abu,kita hidup bukan lama.Sekejap je.Bila2 masa Allah boleh cabut nyawa kita"

Abu meninggalkan Adam yg ingin ke Masjid

Zaman Tua


40 tahun selepas itu,

"Adam,aku rasa menyesal sangat2.Aku sekarang sudah sedar apa yg aku lakukan zaman muda2 dlu.Semua tu dosa besar.Berzina,minum arak,judi.Aku tidak tahu sama ada Tuhan akan ampunkan dosa ak atau tidak."kata Abu

"Bagus lah kalau kau dah bertaubat.Pasal dosa2 kau tu,kau mintak ampun dengan Allah.Serah kepadaNya.Yg penting kau bertaubat.Kau berjanji xkan mengulang kesilapan lama."kata Adam

"Adam,tolong aku.tolong didik ak dan bawa aku ke jalan yg benar.Aku nak belajar agama balik.Aku amik air sembahyang pun tak reti.Tolong aku,Adam."rayu Abu

"Insya Allah,aku tolong.Tapi kau kena tekad kan dalam diri untuk belajar agama.Jgn jdi macam hangat2 tahik ayam plak"terang Adam

"Terima Kasih Adam."kata Abu
____________________________________________________________________


Perbandingan kisah zaman muda dan zaman tua.
Apa yg saya dapat konklusi kan mungkin 50% dari masyarakat muslim kita bersikap demikian
Bukan semua,tapi sesetengah bersikap demikian.
Bersikap bagaimana?
Bersikap macam ni:zaman muda ialah zaman enjoy dan zaman tua ialah zaman insaf.
Ya,saya akui zaman sekarang adalah zaman maju
Malah,kalau dalam istilah Islam,zaman sekarang ialah zaman Jahiliah paling termaju setakat ini

Buang anak,zina,judi,bunuh membunuh,rogol semua tu adalah gejala jahiliah zaman dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w
Malah,jahiliah zaman sekarang lagi dasyat daripada zaman dulu.
Mengapa ini terjadi?
Kerana zaman ini ialah zaman fasa keempat sebelum hari kiamat.


Sesungguhnya dalam kitabNya, Allah SWT berulang kali menyebut tentang hari kiamat , menjelaskan suasana di akhirat di banyak tempat sehingga 80 dp 114 surah2 dalam al-Quran menerangkan tentangnya. Allah sering memperingatkan kita kepada hari akhirat dalam setiap kesempatan, menegaskan kejadiannya, bahkan mengaitkan keimanan kepadaNya dengan hari kiamat. Allah merahsiakan waktu berlaku kiamat kepada hambaNya, tetapi memberikan tanda2 kejadian itu.

Ramai anak2 muda jelas mengetahui bahawa hari kiamat semakin hampir.Tetapi mereka tidak mengendahkannya.Masih melakukan maksiat.Ini bererti mereka tidak beriman kepada hari kiamat dan tidak mematuhi Rukun Iman

Apabila menjelang hari tua,mereka menyesal apa yg mereka lakukan pada zaman dulu2.Mereka mula mengingati mati.Dan sejak itu lah,mereka mula berjinak2 dengan agama.Mula sembahyang lima waktu,baru ingin membaca Al-Fatihah dan sebagainya.Saya bukan nak mengatakan tidak bagus untuk insaf pada zaman tua,tapi alangkah perfectnya hidup kalau zaman muda + zaman tua penuh dengan keinsafan diri.

Selalu lah muhasabah diri kita semasa kita muda.

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

Hayati bersama hadis Rasullulah s.a.w

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.


P/s : kredit to blog nazirulnazlan for sharing and allowing me to copy this article to my blog.. :D

No comments:

Post a Comment