Tuesday 30 November 2010

I Love Kelantan.



Assalamualaikum semua.
Inilah page yang membuatkan saya merasa dekat dengan negeri lahirnya saya, Kelantan.
Sememangnya belajar di luar negeri ini bukanlah sesuatu yang mudah. Terkadang kita terlupa
siapa kita sebenarnya dan di mana identiti kita yang kita bawa sejak dari kecil lagi. Inilah yang saya rasakan terjadi kepada saya. Bagus jika pada masa kita berjauhan, kita membina karekter yang lebih baik tetapi bagaimana karekter yang dibina adalah jauh menyimpang dari siapa yang pernah kita jadi. Inilah yang saya takutkan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Takut jika kehilangan diri saya yang dahulu. Jujurnya saya akui bahawa perubahan persekitaran ini mampu mengubah diri kita jika kita tidak pernah cakna untuk menilai manakah yang buruk dan manakah yang baik. Dahulu di Faris Petra, suasananya memang kondusif dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berjuang bersama sepanjang masa. Tetapi betullah kata cikgu-cikgu saya bahawa di dunia luar ini lebih mencabar dari apa yang saya hadapi di Kampus Hijau Faris. Suasananya pelbagai, dengan pelbagai karekter yang pastinya menguji serta memberi kesan kepada diri kita sendiri. Jadi bagaimana dengan kita? Segalanya kita yang menentukan, Pilihlah kamu untuk menjadi apa yang kamu inginkan dan akhirnya kamulah yang akan membawa karekter tersebut. Nilailah dirimu di mana kamu berada sekarang, khususnya untuk kamu - wahai pemilik hati, rohani dan jasmaniku En Muhammad Amzar B Aziz. Dimanakah kamu sekarang? Adakah kamu gembira dengan siapa kamu sekarang?
Jawapannya hanya ada pada saya. Saya boleh untuk memilih untuk menjadi seorang yang selfish kerana saya pernah melakukannya, boleh juga untuk menjadi seorang yang kedekut kerana saya pernah menjadinya, boleh juga menjadi seorang yang pemarah kerana saya SENTIASA gagal mengawal amarah saya. Saya boleh saja untuk menjadi apa-apa sahaja sama ada negatif ataupun positif kerana itu semua terletak pada diri saya. Tapi bagaimana dengan kesudahannya? mahukah kamu menjadi seorang yang selfish, kedekut, pemarah dan pelbagai lagi sepanjang hayatmu? Mahukah kamu biarkan keluarga dan orang-orang di sekitarmu merasai tempiasnya hasil dari sikap kamu itu?
Mahukah kamu jika kelak di Hari Perhitungan kamu gagal? Seriously, saya tidak mahu ini semua terjadi but yet, it's hard to deal with myself especially when i have to face people with those characters. Is it because i'm being like them? Or because i'd already been like them?

......................................................................................................
......................................................................................................
......................................................................................................
.................................(30 minit berlalu)......................................
......................................................................................................
......................................................................................................
......................................................................................................

Saya telah dapat kesimpulannya.

Renunganku buat diriku.
11.45 malam
30 November 2010
Preobrazhenskaya Ploshad, Moscow
Russian Federation.

p/s :Sebenarnya saya tidak jadi untuk postkan entry kali ini tetapi memandangkan lama juga saya taip, tak apalah, biarlah ia menjadi tatapan untuk kawan-kawan dan yang penting moga dapat terus mengingatkan saya mengenai diri saya.
Saya ada test untuk subjek Anatomy besok, banyak lagi kena hafal ni. Semoga semua dapat lepas dengan En Anatoli. =) Ameen.
Saya gembira kerana saya anggap bahawa saya telah kehilangan seorang kawan baik saya, rupa-rupanya he needs time for himself. But then, i really thankful that i got you as my friend. =)
Selamat berjuang untuk kamu- Amzar..! Tak lupa juga untuk sahabat-sahabat semua. Chaiyok chaiyok!


2 comments: