Wednesday 24 November 2010

Pengajaran Bermakna. =)

Assalamualaikum semua.
Hari ini pelbagai kisah berlaku, menarik dan kurang menarik.
First skali mestilah nak cerita pasal Anatoli dan anatominya. Hari ni seperti yang
diheboh-hebohkan adalah hari untuk test kami yang terakhir semester ketiga ini, yang juga test terakhir bagi kami dalam subjek anatomi. Hihihi, jadi dengan SEMANGATnya saya berazam untuk lepas last test ni memandangkan 2 test sebelumnya agak tidak memuaskan. Jadi belajarlah kami satu rumah dengan harapan dapat lepas hari ni punya perjuangan dengan En. Anatolii.
Sampai sahaja dekat kelas kami, jawapan pertama dari En. Anatolii ialah 'Today's - Vegetative Nervous System.' (0_o).. Seriously, semua ternganga dalam kelas tu. Aduhh, dah belajar elok-elok tiba-tiba tak ada test rupanya. Hihihihi.. Yet i still can smile after all. =). It's okay then, i'll have more time to double my effort on this last Colloqium(test). Chill2..!

Hari ini juga saya merasa sedikit terkilan kerana niat saya disalahfahamkan. Saya juga tidak menyalahkan sesiapa kerana saya sudah menjangkakan hal ini tetapi tidaklah pula dibalas dengan cara kasar. Tak apa, saya mengalah. Jadi akhirnya saya ambil tindakan untuk tidak melaksanakan rancangan yang telah saya cadangkan itu dan mungkin lebih baik jika saya sibukkan diri saya dengan aktiviti-aktiviti dating bersama dengan cinta-cinta saya yang baru dan yang lama - Biochemistry, Histology, Anatomy, and Physiology. Hmm, harap-haraplah cinta-cinta saya ini kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila. Ameen. =)

Satu perkara yang ingin saya bincangkan dengan sahabat-sahabat semua ialah 'nilai duit di mata kita'. Di mana kita meletakkan nilai duit itu dalam diri kita. Adakah di hadapan mata?, Ataupun di dalam hati? Ataupun di dalam genggaman anda? Jika anda mahu mendengar pendapat saya, saya pernah meletakkan nilai duit itu di semua yang telah saya sebutkan tadi.
Kenapa ya saya mengatakan sedemikian? Kerana saya mengalami zaman peralihan ataupun senangnya seperti kita semua yang mengalami cabaran dan akhirnya akan membentuk siapa diri kita.
Pernah saya meletakkan duit di mata saya apabila saya ingin membeli sesuatu, akibatnya perkara yang lakukan adalah semata-mata untuk duit. Jika bukan kerana duit, mungkin juga kerana sesuatu yang berharga. Akhirnya, i come to my conclusion that,apa yang saya buat ini adalah tidak ikhlas dan saya tisak dapat menafikan yang apa yang saya mahukan itu dinafikan-Nya. Jujurnya, banyak kali juga saya tewas dalam keadaan ini namun kini saya sedar bahawa mengejar sesuatu untuk duniawi terutamanya harta-benda tidak akan membahagiakan saya dan ianya pasti merugikan saya. Akhirnya, saya meletakkan senjata untuk berjuang di jalan ini, i gave up. Avtually it's much much more easier this way because i don't have to think about 'them'. Knowing that all i have now is just enough for me then i just need to stop from being like that. Bersyukurlah dengan apa yang ada. =)

Saya juga pernah meletakkan duit itu di hati saya. Bagaimana ya? Ketika itu saya ingat lagi belajar di satu tempat yang jauh dari ummi abah dengan masalah elaun dari penaja saya, kewangan saya terpaksa saya jaga dengan betul- betul. Makannya cuma di cafe sahaja dengan nasi Patttaya berharga RM3.00. Dengan itulah saya cuba untuk survive di sana. Ada juga jika lapar-lapar saya makan meggi sajalah. Hi3. Menarik juga keadaaannya, tapi saya sentiasa ingat bahawa dalam susahnya saya, ada lagi yang lebih susah daripada saya yang tidak pernah saya ketahui.
Dan saya juga pernah meletakkan duit itu di tangan saya. Bagaimana yang ini pula? Kira bajet pemurahlah ni? Hu3, tak adalah, jika ada duit lebih dari saya boleh saja saya belikan apa-apa untuk dikongsi dengan orang lain. Saya tak punya apa-apa untuk didermakan seperti orang-orang kaya sekarang. Tetapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk mengamalkan apa yang abah saya ajar dari kecil lagi. Dari kecil, abah selalu berikan kami beberapa keping duit syiling untuk kami anak-anaknya ini dermakan ketika di masjid pada waktu untuk sembahyang Jumaat. Begitulah rutin kami setiap kali pergi solat Jumaat. Terima kasih abah. besarnya nilai yang abah ajarkan ini. =)
Terfikir juga saya dalam keadaan belajar di negara asing berbekalkan duit dari penaja saya, takut juga saya jika menjadi seorang yang bakhil dan jahil dalam mengendalikan kewangan saya. Minta-mintalah semuanya dalam keadaan terbaik dan moga duit ini tidak akan membawa saya hanyut dalam nilainya yang dipandang berharga oleh sesetengah umat manusia. Nauzubillah. Ameen.. =)

Hari ini juga saya merasa gembira. Sehinggakan gembira saya ini dapat melegakan segala kekusutan yang berlaku pada hari ini. Wahh.., gembira kerana melihatkan junior-junior saya are progressing very well at Faris Petra. Some of them are sitting for the SPM, some of them are enjoying their holidays while waiting for the PMR result this December. Really, i missed those moments when i was at Faris Petra. So happening there. -Speechless-
Jadi untuk adik-adik saya di farisian, abe doakan adik-adik blako belajar molep-molep, jaga akhlak jangan wak keh, Ingatlah dae sep-sep awok tubik skoloh pahni baru awok akn raso gapo hop abe dan senior-senior lain raso. Sangat-sangat dan sangat rindu ko skoloh Faris. Masa lalu itu xkae abe dapat balik oleh itu abe harap adik-adik guno lah sebaik mungkin maso d faris agar menjadi oghe hop cemerlang dunia akhirat. Hormat cikgu jange skali-skali kito jawap mulut. Ingat kito berjaya pom sebab ilmu hop cikgu letih-letih aja kito. Buat adik-adik kumpulan usrah abe, maaflah kalu abe tidak banyak meluangkan maso abe dengan sep awok dulu, tetapi dengan sedikit usaha abe tu moga awok semo manfaatkannya. InsyaAllah. =)

p/s ; saya pun dah lupa sesetengah daripada ahli kumpulan usrah saya masa tu. Siapa-siapa ya boleh tolong saya untuk kenal balik adik-adik usrah saya.
Amzar, life had never been so easy, just face the life with great faith that you won't be influenced by the negative enviroment which mixed around in your life. Never!

Assalamualikum semo.!





Lagu untuk kali ini. -

Lagu tema Form 1 Batch 0408.. Really miss you all guys..!

Inteam ; Akrab Persahabatan. =)


2 comments:

  1. ehhhe.. bata, syeme, mat luq, darus, c.a semo classmate aku tuhh. ni maso sep2 ak form 4.. hihihi. ad majlis maso tuh.. =)

    ReplyDelete