Sunday 21 November 2010

Tahniah Abah. =)


Assalamualaikum semua, post kali ni nak dedikasikan untuk abah saya, En. Aziz B Ab Ghani kerana hari ini beliau telahpun selamat menyambut hari Konvokesyennya dalam pengajian di Open University Malaysia.

Saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab abah dah berjaya habiskan pengajiannya di OUM sebab bukan senang untuk seseorang yang sudah berkeluarga besar serta berkerjaya sebagai seorang pendidik mampu mengharungi cabaran dalam pengajiannya. Dulu abah membuat pengajian OUM secara jarak jauh dan berpusat di Maktab Perguruan Kota Bharu (dijadikan cawangan Universiti Malaysia Kelantan), iaitu depan sekolah saya, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP). Walaupun tak pernah memberitahu abah, tapi jauh di sudut hati saya merasa kasihan melihat abah yang terpaksa berulang-alik dari Pasir Mas ke Kota Bharu di setiap hujung minggunya. Bersengkang mata membaca dan menyiapkan assignment sampai pening-pening pun ada sehinggakan saya merasakan saya pun ada terikut-ikut gaya abah belajar ( tapi abah dah pesan jangan ikut cara dia belajar, doktor lain, lagi susah. Hu3..)

Satu yang saya sangat bangga dengan abah ialah semangat dia yang tidak pernah putus untuk belajar dan belajar walaupun pada hari ini dia telahpun menjangkau umur 49 tahun (Baru sahaja Hari Jadinya -12 November 2010). Dalam penat-penat dia belajar tidak pernah pula dia lupakan anaknya yang sedang belajar di hadapan MPKB itu, selalu singgah sekejap untuk berjumpa dan bertanya khabar tentang anaknya itu. Kebiasaannya
di Masjid SMSTMFP-lah kami sering berjumpa. Selesai sahaja solat Jumaat, terus saya melilau mencari-cari abah takut-takut dia keluar terlebih dahulu kerana mungkin ada lecture atau kelas selepas itu (selalunya mereka diberi rehat untuk menunaikan solat Jumaat dan disambung semula selepas solat jumaat). Beberapa keping duit ringgit diberikan buat bekalan selama 2 minggu. Tak cukup dengan itu, ketika bulan puasa, abah singgah sekejap di Faris Petra dan belikan saya murtabak mini dan Macaroni goreng dan macam-macam lagi untuk anaknya ini berbuka puasa.

Dalam pengajiannya itu juga dia tidak pernah menghentikan tradisinya dari sejak zaman Abe (abang sulung saya - Aizat Aziz) lagi untuk menghantar anak-anaknya ke asrama sama juga ketika pulang bermalam. Terlintas di hati ini tadi mungkin abah melakukan semua ini untuk menjaga anak-anaknya dari terjebak dengan pengaruh-pengaruh negatif yang ada di luar sana. Allah, bersyukurnya saya jika tidak adakah saya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke sini.

Dari pelbagai kesulitan yang dihadapi, burulang-alik dari sini ke sana dan pelbagai lagi yang begitu banyak untuk diceritakan akhirnya abah berjaya menamatkan pengajiannya di OUM. Anakmu ini jauh di sudut hati merasa sangat-sangat bangga denganmu. Maafkan abe chik atas segala silap salah kepada abah. Moga abah terus sukses dalam hidup dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih abah. Abe Chik sayang Abah.


Lagu ni didedikasikan untuk Abah. =)
Special for you.. (",)

InTeam ; Sentuhanmu






2 comments:

  1. haha.mu wat post ni,tringat ko ayoh ak.
    ayoh ak x graduate ag
    haha

    ReplyDelete
  2. hihihi.. xpo la tuh. xlamo lagi graduate la tuh.. mano post tuh?

    ReplyDelete