Monday, 25 January 2010

2009 ; The Flashback - Part 1 ((Jan - Mac)

Assalamualaikum semua. Sudah lama Abe Chik tak update blog ni. Sorry ye bukan apa sebab kadang-kadang rasa blog ni memerlukan keinganan hati yang betul-betul tinggi untuk Abe Chik menulis.
jADI UNTUK BLOG POST KALI NI Abe Chik nak ceritakan pasal kehidupan sepanjang tahun 2009. Rasa-rasanya Abe Chik ada banyak benda nak diceritakan memandangkan banyak benda baru berlaku sepanjang tahun 2009.
Abe Chik nak mulakan dengan pengalaman Abe Chik sepanjang penyertaan Abe Chik dalam Program Latihan Khidmat Negara Siri 6/Kump 1.
Nikmati dulu gambar-gambar yang Abe Chik ambil daripada my bestfriend - Azrin Adha



Dengan Badut di Bukit Merah Laketown Resort

Depan Chopper Nuri dengan Adha, Ayeh, Aris n me!!

Dalam Kelas Character Building(CB) Rock!! yeahh.. :D

Posing ngan Azrin Adha lepas menembak guna M-16 di lapangan menembak

Cheese!!

Muke happy je boleh keluar jalan-jalan..!!! :D

Abe Chik kena PLKN di Gunung Semanggol. Kali pertama Abe Chik sampai di sana terfikir juga kenapa Abe Chik kena masuk PLKN? Terlintas juga benda-benda negatif tapi rasanya tak payah diceritakanlah. kemudian Abe Chik cuba fikir balik mungkin juga PLKN menjanjikan Abe Chik dengan sesuatu. So I just went there and I put my own target there. i want to reach my target there. InsyaAllah. Actually by being there Abe Chik got a lot of good things. Seriously if Abe Chik was not there, the only thing that i'll do was staying at home and building my BELLY fat and not the six packs.. hihihihi.. So funny. I met new friends there. So many of course. The coaches were also great. I just miss them so much. Kalau Abe Chik nak cerita semua memang banyak la. So rasanya Abe Chik nak cerita yang mungkin special dari yang lain. So firstly, of course FRIENDSHIP. Tak lengkap kata orang jika tidak memasukkan nilai-nilai persahabatan dalam hidup ini. Di PLKN memang Abe Chik dapat ramai kawan. Dari pelbagai negeri lagi ~Perak - Din 1, Din 2, Afiq, Panther, Hnip n ramai lagi...* sori xleh nak quote semua. kedah ~ Wan , Selangor ~ Azizi, Fahmi, n nazreen. Well actually there are so many other friends but I can't affort to write all and also I'd forgotten some of their name but it's okay because it was nice to know you all. Paling teringat sekali bila cakap pasal kawan ni bila berkenalan dengan seorang pelatih wanita namanya Rehan. Dia dari perwatakan luar seorang yang manja, happy tetapi masih ada kisah sedih dalam hidup dia. Sungguh kasihan bila mengingatkan gadis seperti dia lost in her own world just because of her boyfriend. Daripada kawan-kawan yang cerita dengarnya dia dah couple dalam 5 tahun lebih dah tapi tiba-tiba clash. hari-hari nangis mata merah-merah selalu. yang peliknya dia masih lagi mampu tersenyum bila diajak berbual. Sungguh tabah bagi seorang insan bernama Gadis. Tak tahu pula macam mane bleh jadi rapat dengan dia mungkin sebab sekelas kot masa kat PLKN.
Ada satu hari nampak dia sedih lagi, so Abe Chik buat la satu burung kertas kat dia. Lepas tu cakap kat die kalau sedih ingat la kat burung kertas ni supaya ada kekuatan untuk happy balik. Kemuncaknya pada malam sebelum kami semua pulang ke negeri masing-masing, Abe Chik sempat berjumpa dengan Rehan . Terkejut dan kagum dengan kata-kata dia- "Rehan dah tak nak sedih dah lepas ni, dah tak nak nangis dah lepas ni, sebab Kita dah ada Burung kertas untuk tolong kuatkan kta mase sedih. Rehan dah jadi kuat , tak nak nangis lagi.."
Dengan penuh semangat kata-katanya. Dalam tak sedar air mataku dah bergenang. Sungguh tak kusangka sampai begitu sekali kesannya dengan hanya sedikit pertolongan dariku. Sungguh terkesan di hati ini. Kami masing memberi kata-kata semangat sebelum masing-masing balik besoknya. Yang best juga masa aku terpilih untuk buat kawad senyap masa majlis penutup PLKN Siri 6/Kunp 1 Kem Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak. Sungguh gembira sebab semua pelatih berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun ada masa dalam empat hari saja untuk memantapkan 8 gerakan kawad. Semua bekerja keras untuk menjayakannya dan syukur everthing berjalan dengan lancar. Sungguh gembira kerana target aku untuk belajar kawad dan membuat penyertaan dalam persembahan kawad tercapai. :D last sekali masa nak balik rumah itulah masa yang paling menyedihkan untuk aku berpisah dengan jurulatih. Sangat sedih dan tak terungkai sedihnya sebab mengingatkan kembali semua jasa jurulatih-jurulatih tak terkira rasanya. Abe Chik usaha untuk mencari semua jurulatih yang ada untuk memohon maaf dan minta halal semua ilmu yang diajar. Masa itulah Abe Chik nangis sedih untuk berpisah dengan mereka semua. Sungguh sedih. Abe Chik sayang semua cikgu... :D Itulah yang dapat Abe Chik kongsi sedikit mengenai PLKN yang Abe Chik sertai bermula 27 Dis 2008 - 11 Mac 2009. Banyak yang Abe Chik belajar di sana.
Sungguh bermakna. Terima kasih Allah kerana menghantarku ke sana. Terima kasih semua. Alhamdulillah. :D

No comments:

Post a Comment