Assalamualaikum semua...
Hari ini rasa nak cerita pasal telefon yang pernah aku guna dari dulu sampailah sekarang.
Sebenarnya kalau nak dikira diri ini amatlah baru dalam penggunaan telefon ini memandangkan terikat dengan polisi keluarga. Tapi mujurlah dengan polisi keluarga inilah yang membawa aku sampai ke bumi asing Moscow ini.
Ok, mari kita berkenalan dengan telefon-telefonku. >..<
Telefon pertama

- Senang dan tahan lasak
- baling sana sini, jatuh bawah katil, terkena air, fuhh.. mantap no effect.
- suka guna handset ni.

Nokia 1100(2008-2009)
- Keypad senang nak tekan.
- Boleh buat lampu suluh.
- Sangat berguna waktu di PLKN.
- Senang dan tahan lasak macam 3310.

Sony Ericsson G705( 16 Mac - 17 Mei 2009)
- handset stylo pertamaku.
- ada GPS sebagai fungsi yang mantap.
- Sedekah kepada mamat bertuah dalam bas INTEC.
- REDHA saja. T_T

Sony Ericcson K300i (Lepas Cuti H1N1 di INTEC - Habis Belajar di INTEC)
- Amat berguna untuk mengisi kesunyian nak bermesej.
- Isi masa boring dengan berguna.

Sony Ericsson W705 ( 17 September 2009 - ???)
- Mengantikan G705 -ku yang dirindui.
- Beli yang versi W sebab nak dengar lagu dengan kualiti tinggi.
- Bagus, audio jelas dan dapat anugerah Best Audio for Handset 2009.(lebih kurang macam
itulah nama anugerahnya)
- Mengejutkan tapi handset ini memang tahan lasak.
- Teman ketika aku sedih, aku tekan saja keypad handset ni sampai aku jumpa sesuatu.
Selalunya jumpa lagu sajalah. hahahaa.. ;D
Dan inila pula handset - handset yang menjadi pujaan hatiku!!
Bilalah aku nak merasa ni..



No comments:
Post a Comment