assalamualaikum semua..
bersua kembali kita di pagi Khamis ini..
kenapa The Messages?
hmmm...
Pernah cikgu Subjek Sejarahku ~ Cikgu Maimun berkata
" Sekali sekala dalam kita memandu hidup kita ke hadapan. janganlah lupa untuk kita mencuri pandangan ke arah cermin sisi hidup kita, ambillah iktibar dalam setiap apa yang kita nampak di masa lalu kita.."
Dan hari ini aku mengiakan kata-kata cikgu..
Terima Kasih Cikgu Maimun. Terima Kasih juga kepada semua cikgu-cikguku di tadika, Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, INTEC dan di MMA.
Anda semua membuka pandangan saya, mengajar saya dengan ilmu yang menjadi bekalan hidup di dunia dan akhirat.. InshaAllah segalanya akan dimanfaatkan..
Hari ini dalam mengisi masa luangku di Perpustakaan Anatomi, tergerak di hati untuk membuka mesej-mesej lamaku. Mesej dihantar, atau yang diterima semua habis kubaca satu persatu.
Aku terbaca beberapa mesej yang membuka mindaku. Mebuka kepompong pemikiran yang aku ada sekarang.
Adakah aku berbeza dari diriku yand dulu dan sekarang? Jika benar, mengapa aku berbeza?
Jika perbezaan itu ke arah kebaikan tidak mengapa, bagus Amzar teruskan usaha!!!
Namun jika ia ke arah yang tidak baik? Tidak, aku harus sedar!! Aku harus keluar dari kepompong palsu ini.. yang berkilau di luarnya tapi busuk buruk di dalamnya..
Kepompong yang memberi janji dan harapan untuk aku hidup sebagai manusia berguna ini sebenarnya palsu..
Kerana apa? Tiada satu pun ditempa dengan bacaan Al-Quran atau pun dicampur dengan hikmah-hikmah para pejuang Islam..
Betul, dalam hidup ini kadang kala kita tidak mampu untuk memilih..
Apabila pilihan itu tiba dan kita tidak mampu untuk menolaknya? Bagaimana?
Kita semestinya tidak mampu untuk mengubah persekitaran dalam pilihan itu..
Yang termampu ialah mengubah DIRI KITA SENDIRI.. Itulah yang terdaya..
Oleh itu wahai Amzar, dengarlah pesanan ini - hidup ini adalah hidup kita, kita tidak dapat memilih untuk dilahirkan sebagai apa, untuk hidup bersama siapa, dan macam-macam pilihan lagi yang ditetapkan sejak azali lagi.
Jadi apa yang termampu hanyalah untuk mendalami Islam itu. Carilah ilmu itu dan jangan jadikan alasan tinggal di negara kuffar untuk kamu menjauhi Islam. Nauzubillah. Lihatlah semuanya dari sudut positif berlandaskan Islam. Dan InshaAllah akan kamu jumpa diri kamu yang sebenar.
InshaAllah.
p/s : Sebentar lagi ada kelas Anatomi. Hmm semoga terbaik untukku.. InshaAllah..
credit to Marwan and Khai for calling me just now..
You all did help me a lot..
;D
No comments:
Post a Comment