Sunday, 7 March 2010

Happy Women's Day (",)

Assalamualaikum semua...
hmm.. Hari 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia.. Abe Chik tumpang gembira kepada wanita-wanita semua dengan mengucapkan Happy Women's Day to you all. Untuk Ummi especially, akak, Ebby dan kawan-kawan semua.
Wanita yang dulunya pada zaman jahiliah amat rendah tarafnya sehingga dipandang serong oleh masyrakat ketika itu. Anak perempuan dianggap membawa bencana kepada keluarga sehingga ada yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka bahkan Saidina Umar sendiri ketika sebelum hidayah Allah menjengah dirinya pernah bertindak membunuh anaknya setelah mengetahui hal sebenar bahawa anaknya seorang perempuan. Astaghfirullah... begitu sekali jahilnya masyarakat ketika itu..
Namun zaman pentadbiran Baginda wanita dijaga dengan baik dan diberikan hak-hak mereka. Wanita juga sebenarnya yang akan menjadi peneman kepada SEORANG lelaki bernama SUAMI.
Peneman yang menjadi tempat untuk saling berkongsi segala pahit manis yang dilalui di dunia persinggahan ini. Ramai yang sememangnya mengimpikan sebuah ikatan yang bahagia antara mereka suami dan isteri. Zaman sekarang apa yang jelas ialah berpasang-pasangan sebelum ada ijab dan kabulnya menjadi satu ikutan. Alasannya nak berkenalan dahulu sebelum ke proses seterusnya.
Hmm.. itulah hujah bagi orang yang sedang dibius cinta. Semuanya dibayangi oleh hasutan syaitan. Marilah kita mengikuti seketika kisah Nabi Yusuf. Kisah tentang Ibrah Nabi Yusuf menghadapi godaan isteri Al-Aziz iaitu Zulaikha. Baginda menolak sepenuh hati permintaan Zulaikha yang dibayangi nafsu mutmainnah itu. Sehinggakan Zulaikha sanggup menfitnah Baginda pula yang cuba berbuat sesuatu yang tidak baik kepadanya. Syukur dengan izin Allah kebenaran terbongkar dan malulah Zulaikha yang menanggung balasan atas perbuatan dirinya.
Di sini apa yang cuba Abe Chik highlightkan ialah bagaimana tingginya keteguhan iman Nabi Yusuf untuk menjauhi maksiat itu. Baginda bahkan sanggup meletakkan mujahadahnya menjahuhi maksiat itu dengan sebuah penjara. Jika dengan cara dipenjara sahaja Baginda dapat menjauhi maksiat itu maka Baginda sanggup asalkan tidak terjebak dari gelodak nafsu yang dibayangi oleh hasutan syaitan yang akan memenjara dan membutakan hatinya dari Hidayah Allah. Jadi bagaimana dengan kita?
Usah dikata dia sekolah agama, tudung labuh, sopan, lelaki pula berjanggut, berserban dan macam-macam lagi baiknya diri seseorang itu. Itu semua belum cukup untk membendung dirinya daripada mengelak dibius cinta sebegini. Sungguh susah untuk kita membendungnya melainkan kita cuba untuk bermujahadah melawannya sebagaimana tingginya semangat Baginda Nabi Yusuf bermujahadah melawannya. Marilah semua Abe Chik berpesan kepada diri Abe Chik sendiri dan rakan-rakan semua untuk kita menjauhi daripada tindakan kita untuk meletakkan cinta kita ditempat yang salah kerana cinta itu tidak bersalah jika cara dan langkah yang diambil untuk kita meletakkan cinta itu ditempat yang betul. Tempat yang telah Islam gariskan dengan mantap dan jelas iaitu dengan adanya ikatan yang menghalalkan antara keduanya, ikatan perkahwinan.
Semoga kali ini kita dapat menguatkan lagi pegangan kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. :D
p/s : # Cerita di atas dipetik daripada sebuah laman web yang mempunyai banyak ilmu yang boleh diambil - www.saifulislam.com
## hmm.. hari ni nak pergi rumah Awe sebab ada program di sana.. semoga ada banyak ilmu yang dapat diambil buat pedoman untuk diri ini.. ;D

No comments:

Post a Comment