Saturday, 6 November 2010

Bangkitlah kita.

Assalamualaikum semua.
Apa khabar semua. Bagaimana hidup kita semua? Adakah baik semuanya? InsyaAllah baik semuanya.

Pada entri kali ini saya nak bercerita pasal kegagalan. Semua manusia menghadapi kegagalan dan yang paling penting daripada kegagalan ini ialah BAGAIMANA kita menghadapi kegagalan ini.
Banyak situasi yang menepati keadaan sebuah KEGAGALAN itu. Contohnya;

1) Gagal dalam pelajaran
2) Gagal dalam menguruskan perniagaan.
3) Gagal dalam perkahwinan
4) Gagal dalam persahabatan
5) Gagal dalam perlawanan

Semua ini adalah bentuk-bentuk kegagalan yang sering kali kita hadapi. Sesuatu yang kita sudah biasa lihat. Jadi bagaimana kita bertindak dalam menghadapi kegagalan ini. Sesetengah daripada kita memilih untuk terus hanyut dalam kegagalannya ATAUPUN kita memilih untuk meletakkan segala tohmahan dan pandangan orang lain terhadap kita dan bangkit bangun menghadapi kegagalan kita. Begitulah secara ringkasnya apa yang boleh saya kongsikan mengenai kegagalan.

Namun sahabat-sahabat semua, tahukah atau sedarkah kita mengenai satu kegagalan yang kita hadapi yan tetapi sesetengahnya memandang enteng terhadap kegagalan ini. Apakah kegagalan itu? Itulah dia kegagalan kita dalam mengadapi hasutan syaitan. Ya, inilah dia kegagalan yang sering kali kita terlepas pandang. Yang sering kali memandangnya bukan sebagai sebuah kegagalan tetapi hanyalah satu kesilapan.

Sesetengah orang akan merasakan bahawa kegagalan ini adalah suatu pengakhiran kepadanya. Kerana apa? Kerana terlalu banyak dosa yang telah dilakukan dan terasa diri berada pada tahap yang paling hina sekali. Jadi dia membiarkan dirinya dalam kegagalan itu seterusnya terus hanyut dalam legagalan itu. Mahukah kita? Tidak, tidak sekali-kali sya akan menyerah apabila menghadapi kegagalan ini. Jangan cepat menilai diri sendiri selagi hayat kita belum sampai ke akhirnya. Hanya Allah yang layak menilai diri kita. Jadi jangan putus asa untuk kita berubah, bangkit bangun kerana kegagalan itu bukan bermakna kita akan terus gagal tetapi untuk kita mencari ibrah di sebalik kegagalan itu. Seterusnya kita terus memastikan agar kesilapan itu tidak kita ulangi lagi.

Agaknya itulah yang saya dapat kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. Maaflah jika ada kepincangan dalam kata-kata saya. Tiada hadis ataupun ayat-ayat suci Al-Quran yang dapat dikongsikan melihatkan diri ini masih tandus dengan ilmu agama. InsyaAllah moga diberikan Allah pengetahuan dalam agama. Ameen. Semoga ini akan menjadikan kita semua terutamanya diri saya mengambil ibrah dalam kegagalan dalam hidup kita. Moga kita dilindungi dari Syaitan laknatullah.

Jom bersama kita menghayati lirik lagu ini. Ambillah kata-kata semangat untuk kita bangkit dan menghadapi serta menepis segala usaha-usaha yang dilakukan oleh syaitan. Moga kita terus istiqomah dalam menuju jalan diredhai Allah. InsyaAllah.

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009



No comments:

Post a Comment