Di Negara Itu
Di negara itu,
Aku melangkah menjejak kejayaan,
Meneroka segenap peluang,
Menempuh segala rintangan.
Di negara itu,
Aku belajar mengenal dunia,
Bertatih mengejar jalan sinar-Mu
Menjejak ibrah sebuah kehidupan.
Di negara itu,
Aku diuji digoda kejutan budaya,
Adakalanya aku berjaya,
Adakala juga aku gagal.
Di negara itu,
Kuakui kegagalanku,
Namun kupinta juga keampunan-Mu,
Kerna kutahu Engkau Maha Pengampun.
Di negara itu,
Aku bulatkan tekad hatiku,
Aku mahu mengejar cinta-Nya,
Sebelum aku mengejar cintamu.
Di negara itu,
Tarbiyyah hidup kuselami,
Demi mengejar sinar hidayah-MU,
Menggapai impian Al-Jannah.
Di negara itu,
Aku membawa pulang sesuatu,
Sesuatu untuk berpegang teguh padanya,
Sesuatu untuk membawa diriku ke jalan-Mu.
Moga di negara itu,
Segala kupelajari diberkati-Mu,
Kerana rahmat-Mu kudambakan.
@---
@---
@---
Muhammad Amzar Bin Aziz
Qatar Airways
8.59 malam
Credit for the pictures goes to Oxphotography. You're great daoh. Thanks for the pictures.


No comments:
Post a Comment