Sunday 14 November 2010

Cinta Saya Untuk Awak.

Assalamualaikum semua.
Moga semua terbaik untuk kita. Dalam masa 15 minit ni saya break sekejap daripada revising untuk melegakan keadaan. Pelikkan? Dalam sibuk-sibuk tengah nak belajar, tetapi persoalan ini bermain-main di fikiran saya. Bagamaimana tu? Mungkin inilah dinamakan gelora seorang remaja yang bakal melangkah ke alam dewasa.

Jadi setelah semua gelora itu timbul, pelbagai kata-kata cuba saya gali dari dalam diri saya untuk mencari di manakah saya berpegang apabila berhadapan dengan soal cinta. Tipulah jika saya tidak pernah mencintai seseorang. naluri manusia memang ingin dicintai dan mencintai. Betul tak?
Mungkin Allah bawa saya untuk memilih jalan ini dan syukur sangat. Peritsitwa itu ketika saya masih di tingkatan 4 mengubah saya dalam segala aspek mengenai cinta. Saya mencari dimanakah sisi-sisi sebenar dalam percintaan. Bukan mengatakan saya putus dalam percintaan tetapi sekadar satu peristiwa yang mencetus revolusi idea mengenai erti sebuah cinta. Ya, boleh saja saya mengatakan saya mahu bercouple dengan sesiapa sahaja yang saya suka ataupun yang orang sukakan saya. Tetapi peristiwa itu membuka minda saya, amat besar hikmahnya. Ia terjadi hasil kebodohan saya terhadap khilafnya cinta tanpa landasan Islam. Namun saya amat-amat dan amat bersyukur kerana ia membuka lembaran baru buat saya.

Jadi pada cinta saya...
Saya mahukan ianya HALAL di sisi Islam.
Saya mahukan saya mencintainya tanpa sebarang niat lain melainkan kejujuran dan kesetiaan antara satu sama lain, serta bersama menuju jalan Allah.
Saya mahukan cinta saya biarpun ada yang tidak sempurna, namun kami saling berusaha untuk mengurangkan kesempurnaan itu untuk menambahkan manisnya hubungan kita.
Saya mahu cinta saya dihiasi dengan anak-anak yang soleh solehah semuanya supaya nanti anak-anak inilah yang mendoakan kami kelak.

Pelbagai lagi yang saya impikan. Namun semua impian ini hanya angan-angan kosong jika saya kurang ilmu pengentahuan tentang agama, kurang dalam mendekati Allah dan masih dengan perangai lama.
Jadi demi cinta saya, saya harus mengenal dan memilih yang mana baik dan yang mana buruk supaya nanti yang baik itulah yang saya bawa dan semaikan dalam keluarga saya dan yang buruk itu saya buang jauh-jauh agar tidak menjadi racun dalam keluarga saya.

Sekian sahaja coretan untuk kali ini.
Dah sampai masa untuk sambung balik belajar. Chaiyokkk!

3 comments:

  1. amzar!!!!!!
    trharu giler aku baca..
    btol2..nie la jugak yg aku nak~
    insya Allah~

    ReplyDelete
  2. huhuhu. moon.
    mungkin ini la sume yg kite nak. yg aku nk.
    wahuhuhu. tp ak masih lg mentah moon, masih lagi tercari-cari landasan yg betul dlm hidup ni.

    ReplyDelete