Wednesday 2 February 2011

Hikmah Kembara




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. =)

Akhirnya saya berjaya menjejaki bumi yang penuh dengan nilai-nilai tamadun Islam iaitu di Turki dan Syria. Syukur rasanya kerana hasil daripada percutian ini, kami berjaya menjelajah di beberapa bandar di Turki dan Syria untuk mencari dan meneroka sejarah-sejarah Islam yang telah terlipat dalam sejarah. syukur alhamdulillah kami dapat menziarahi makam-makam para Anbiya' contohnya Makam nabi Zakaria, Makam Nabi Yusuf dan Makam Nabi Khidir. Makam para sahabat juga sempat kami ziarahi. Kami meneliti bagaimana bijaksananya Sultan Muhammad Al-Fateh menawan semula Istanbul, kukuhnya Kota Allepo hasil imiginatf, kreatif dari Salahuddin Al-Ayyubi, seta menghargai nilai-nilai sebuah persaudaraan yang ditunjukkan oleh penduduk Turki dan Syria.

Semuanya ini hasil daripada hasrat untuk bercuti ketika musim sejuk ini, disusuli perbincangan untuk memilih tempat-tempat untuk dilawati, dan akhirnya inilah dia, kami memilih untuk mengunjungi Turki dan Syria. =) Sesuatu yang tidak pernah terbayang di minda saya bahawa Turki dan Syria adalah negara pertama yang akan saya sampai. Perancangan Allah lebih sempurna dan saya serta rakan-rakan telah pun menjejakkan kai kami ke Turki dan Syria. =)

InsyaAllah akan saya kongsikan pengalaman saya ketika di sana, satu penjelajahan menyingkap kegemilangan Umat Islam. =)

Assalamualaikum semua.. (",)





No comments:

Post a Comment