Wednesday 13 April 2011

Entri Terakhir

Assalamualaikum semua.

Me and my Blog.

Berat terasa hati ini untuk menulis entry kali ni. Setelah lama berfikir, akhirnya saya tekad!

Inilah entry terakhir daripada saya untuk blog ini. Blog yang bila dilihat, direnung, diimbas balik, terasa sayang untuk stop posting here. But then i think this is the best for me.

InsyaAllah, ini tidak bermakna saya akan berhenti daripada berblogging, tidak, because blogging can make me feel better.

People once told me, kenape la ko ni suke bace blog? Tak boring ke? Jawapannya kerana bile saya blogwalking, saya kutip sesuatu daripada seseorang tu, belajar bagaimana hidup ini daripada kaca mata si penulis, dan sudah tentu dari pelbagai background. Ada student medic, Engineering, Pharmacy dan yang sudah berkerjaya.

Tugasan Tertangguh

Jadi untuk entry terakhir ni, saya nak selesaikanlah mana-mana related post yang tertangguh sebelum ni.

First sekali saya nak refer kepada janji saya untuk berkongsi mengenai trip saya ke Turki dan Syria.

Banyak pengalaman pahit manis saya dapat. Tapi saya ringkaskan untuk tontonan sahabat-sahabat semua melalui sebuah production daripada saya sebagai kenangan untuk sahabat-sahabat yang bersama meneroka bumi Syria dan Turki ni.


Menarik bukan trip kali ni? Semuanya puas hati dapat mengunjungi 2 tempat ni.

Moga semua terus mengingati kenangan ini dan digenggam erat agar nanti jika masing-masing sudah terpisah, kita akhirnya ada sesuatu in common untuk dikenang. =)


Rasanya tidak ada apa-apa lagi lah yang tertangguh, dan jika ada maafkan saya kerana masa juga tidak mengizinkan. (Ada kelas Bioethic kejap lagi)

Untuk follower-follower saya, merangkap sahabat-sahabat saya yang telah sudi untuk follow blog picisan ini saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry-entry yang tidak seberapa daripada saya ini.

Terima kasih juga untuk sesiaaaaaaapa sahaja yang mengunjungi blog ini kerana sudi meminjamkan mata, akal, dan hati untuk membaca entry-entry saya.

Saya hanya insan yang kerdil di dunia ini, yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, sama ada kepada Yang Satu juga kepada insan di sekeliling.
Ya Allah, hinanya diriku sombong terhadap-Mu, namun rahmat-Mu luas untuk hamba2-Mu, ampunilah dosaku kerana Engkaulah yang Maha Pengampun.

Kepada sahabat di luar sana, maafkan saya jika ada melukakan hati, tersilap kata atau mengecewakan anda semua, harap dimaafkan segala salah silap saya. Moga semua berjaya dalam pelajaran masing-masing!

Terakhir bukan bermakna berhenti.

Ya! Bukan bermakna saya akan berhenti dari menulis di blog, jika diberi peluang lagi akan saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua blog terbaru yang bakal dihasilkan. =)

Moga semua terus menulis blog ( bagi yang ada blog) dan teruskan usaha anda ini! (tak tahu nak cakap apa dah)

Sekian sahaja dari saya untuk blog ini, assalamualaikum..

Hasbunallah wa nikmalwakil..

Muhammad Amzar Bin Aziz
Preobrazhenskaya Ploshad,
Moscow Oblast,
Russia.
7.45 pagi 14 April 2011

@~~~
@~~~
@~~~













[This blog is available until 3rd Of July 2011]

1 comment:

  1. Wahai encik memberi sebelum menerima.
    Kalau boleh, tak perlulah delete blog ni, sebab nanti, siapa tahu, blog ni akan jadi kenangan bagi encik di masa hadapan. Tak siapa tahu yang mungkin suatu hari nanti encik akan tengok balik blog ni, dan lepas tu update seket-seket. Jangan delete, tapi simpan.

    Apapun, ini milik encik, bukan milik saya. Saya cuma bagi pandangan sahaja hehe.

    ReplyDelete