Wednesday 25 July 2012

Iftar Jamaah!

Assalamualaikum!

 Macam biasa, hari ni semua tengah sibuk kat dapur nak siap-siap masakan untuk berbuka nanti.
Menu? Hehe, Nasi Lemak dan Ayam Tandoori! :)

 Alhamdulillah, hari ni sebenarnya agak tegang jugak sebenarnya (tegang di dalam hati). Jenuh melawan kata-kata hati yang diseliputi nafsu ke arah pelbagai maksiat. Maklumlah, tinggal di tempat orang mat salleh, apa sahaja yang hendak dibuat, semua berada dalam tangan kita. APA SAHAJA! Tapi harus diingat melawan nafsu itu ialah satu jihad!

InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar nafsu itu kita yang kawal bukan kita yang dikawal abam nafsu. Huhu..

 Kalau dekat rumah sekarang ni, mesti tengah sibuk di dapur tengah get ready hidangan atas meja. Selalunya yang tak boleh miss mesti air tebu. Sebabnya depan rumah saya ada tanam pokok tebu jadi senang la nak minum air tebu. Hanya perlu bayar kos mesin air tebu sahaja kat kedai jiran yang menjual air tebu.

 Hihi, Rindunya saat itu. Walaupun ada ketikanya bila abah suruh readykan tebu untuk dimesin tu macam-macam perasaan malas yang datang, bila tiba masa tidak menjalani ibadah puasa di kampung, suasana itulah yang dirindui. :( Rasa nak sahaja guna mesin teleport untuk balik Mesia. Hihi, tapi itu hanya fantasi, kerana yang ada di depan kita ialah realiti yang harus kita tempuhi. Segalanya adalah dalam perancangan Allah.

 Baiklah, nanti kita berjumpa lagi di lain post. Dah nak masuk waktu berbuka dah ni (oh ya, waktu berbuka puasa di Moscow ialah pukul 9.50 minit malam)

 Salam rindu salam sayang dari anakanda buat ayahanda dan ibunda tercinta serta adik beradik di kampung. Salam Ramadan buat sahabat-sahabat semua terutamanya untuk dirimu yang sudi meminjamkan mata dan hati untuk membaca post picisan daripada saya ini. :)

 Moga semua berada dalam rahmat Allah sentiasa. :)

No comments:

Post a Comment