Monday 30 July 2012

He is there.




Assalamualaikum semua!

 Ketika post ini ditulis, keluarga sanak saudara di Malaysia telahpun berbuka puasa. :)
Saya pula masih menunggu sekitar 4 jam lagi sebelum masuknya waktu berbuka puasa pada pukul 9.40 malam. Mencabar bukan? Alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan mampu untuk berpuasa selama 18 jam itu.

 Hari ni, setelah selesai urusan di Kiev, saya berjalan pulang sambil memikirkan tentang jiwa Ramadan yang kosong ini. Sudah masuk 11 hari kami di rusia berpuasa di bulan Ramadan ni. Tapi bagi saya, roh Ramadan itu masih kecil. Bukan tiada, ada tapi kecil.

 Sampai sahaja di rumah, bukak FB, bukak twitter semua bercerita mengenai Ramadan. Ramadan bulan menggandakan ibadah, meningkatkan iman dan amal. Memperbaiki diri ke arah lebih baik. Ahaaa!

 Semua orang mengejar meningkatkan ibadah di bulan ini, cuma saya masih enak bermain Battlefield 3, Fifa 12 dan bla bla bla.. Huhu, lagha itu indah bukan? Google lagi dekat web, bukak website saifulislam. Celoteh Ustaz Hasrizal mengenai insan yang bertanya tentang Allah.

 Artikel daripada ustaz Hasrizal ini agak menarik kerana ia menekankan kepada betapa dekatnya Allah itu kepada hamba-Nya. Tidak perlu perantara, tidak perlu imam, tidak perlu sesiapa! Apa yang perlu ialah Kita untuk mendekati-Nya. Doa kita lakukan terus diadukan kepada Allah. Allah it dekat buat hamba-Nya yang bertanya mengenai-Nya.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) [Al-Baqarah 2: 186]

 Moga buat yang terleka terutamanya diri ini dan sahabat-sahabat yang lain jika ada ayuh kita reconstruct semula masa kita untuk memanfaatkan bulan Ramadan ini.  Masih ada 19 - 20 hari lagi Ramadan yang ada. Bulan penuh barakah penuh rahmat. :)

 Selamat berpuasa semua. Terawih jangan lupa! :)


*rindu ummi abah, abe, akak, abe nik, abby, dan adik. Mengertilah, abe chik rindu yang amat kepada kalian! :)*

1 comment: