Tuesday 31 July 2012

Kita bertanya, Dia menjawab

Assalamualaikum semua!


 Dah nak masuk waktu berbuka kan dekat Malaysia? Kat sini masih panjang lagi, masih dalam waktu Zohor. 
Jadi sambil-sambil tu mari pakat-pakat tengok soal jawab menarik ni. Saya ambil dari rakan FB saya. Ingat nak simpan untuk diri sendiri, jadi rasanya lagi elok kalau letak kat blog, saya boleh baca nanti, sahabat-sahabat semua pun boleh join sekali. :) 


 Jom semua, davai davai malodoi chelobek ( Давай давай Моловой Человек!/ Jom jom anak muda!) 


 KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.” 
[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
[Surah Al-Baqarah ayat 216]

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah Al-Baqarah ayat 286]

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”
[Surah Ali Imran ayat 139]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
[Surah Ali Imran ayat 200]

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
[Surah Al-Baqarah ayat 45]

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…”
[Surah At-Taubah ayat 111]

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
[Surah At-Taubah ayat 129]






Selamat Berbuka Puasa untuk teman-teman sanak saudara di Malaysia! 

No comments:

Post a Comment