Friday 14 September 2012

Aku hanyalah Patrick.


    



Apa khabar semua? You guys fine? Mine just as fine as it seems to be. Kih kih kih. 
Ok untuk post ni nak cerita pasal satu topik yang tak asing lagi lah daripada kita semua. Yang mana hari-hari kita dok ngadap satu sama lain. Ce teka? Jeng jeng jeng ----> Sahabat atau ayat lebih jelas Persahabatan.


Harap berlapang dada semua, berfikiran terbuka dan bersemangat untuk mengambil sesuatu tak pengajaran pun dapat lah sesuatu. (apa-apa sahaja. :D) 



Sahabat? Sape sahabat angkat tangannnn! *sume terangkat tangan*     Bajetttttt Ja Bajeeeet, 
*gaya ala-ala MatLutfi sket.* Haha.. 



Ok lah berbalik kepada topik sahabat nih. Sesetengah orang kata "Dia ni banyak kawan, untung la. Aku kawan pun boleh kira dengan jari. FB dia pulak boleh beribu-ribu, kalau aku nak cecah 500 pun letih nak add orang as friend dulu" Me also already encountered this kind of situation but not with that exact dialogue really. Memang tak la kan, saje je tu exaggerate sikit keadaan. Kih kih kih. 



So, pernah la ada kawan kat Moscow ni cakap macam tu. Lebih kurang macam ni bunyinya " Amzar takpe la ada kawan ramai ......." Ok,, korang tambah la sendiri ikut cukup rasa (Cukup Rasa Meggi ada MSG - Toxic untuk badan). So aku literally menafikan la kan semua itu. Kalau dia ada telepathy punye power macam awek dalam cerita True Blood (Tengok sampai Epi 2 season 1 je OKAY. :D) yang boleh dengar kata hati nih kantoi sesaje la aku. Dalam hati aku cakap, "kawan ramai, tapi SAHABAT boleh bilang dengan jari je. So, kita serupa. "







Bergambar depan Hotel Korston (hotel dok belah kanan). Hari kedua menjejak ke bumi Moscow.






Sepanjang 3 tahun aku duduk di Moscow ni banyak jugak la aku belajar tentang hubungan persahabatan ni. Especially with recent experience where i only have myself to be blame. Kan kan kan? Serius kawan dekat university ni kalau boleh jumpa yang sekepala macam kita kat sekolah dulu-dulu tu adalah satu bonus untuk kita. Hakikatnya, kita datang sini, ianya macam suatu persekitaran baru sehinggakan kita jadi protective secara tidak sedar. Mengapa aku kata macam tu? Ye la, baru jejak kaki kat Moscow ni senang-senang dah boleh percaya kat ko. Dah yakin dengan setiap gerak geri ko.  Mestila nak kena perhatikan dulu. Tengok gelagat sorang-sorang. Mana yang boleh pakai mana yang boleh tolak tepi (hamboi macam pilih stoking nak gi kelas pulak)



Tapi percaya la korang, inilah yang aku yakin most of us 99% akan buat. Ianya suatu benda yang common. kepercayaan itu harus dibina. Bukannya dalam 2 3 minggu dah setel, okeh aku percaya kat ko. Kenapa aku yakin sangat dengan hal ni nih? Kerana malangnya, aku tak ambil langkah-langkah ni. Kirenye dulu flashback to 3 years ago, tahun 2009. Dalam ramai-ramai yang 99% ni, malangnya aku ni tergolong dalam golongan 1% ni. Kiranya kalau orang tu nak judge character aku aku ni boleh digolongkan dalam golongan yang omputih panggil NAIVE ataupun ommelayu panggil naif. Sadis bukan? Sadis buat masa dulu tapi bukan sekarang. Jom sambung lagi. :)



Sebab apa sampai macam tu sekali boleh terjadi ni? Salah satu sebab yang aku rasa paling dominant, boleh berdiri dengan sendirinya ialah sebab aku mahu suasana aku belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) tu tak hilang. Suasana gembira susah senang bersama tu ada sentiasa. Tapi aku lupa, kami hidup 5 tahun sebumbung, makan satu dewan, mandi kat bilik air sama (haa, jangan pikir pelik2). Itulah yang jadi pemangkin kami batch 0408 untuk utuh berdiri sebagai sahabat. Bukan aku menafikan kami di sini tidak meluangkan masa bersama, TIDAK. Apa yang hendak aku nyatakan ialah Mindset bila awal mula ke Moscow tu salah. Bila mindset tu salah, apa yang aku cuba buat serba tidak kena, serba salah, ada sahaja mata-mata yang memandang sinis. Tapi sebab dengan mindset yang aku pegang ketika itu menyebabkan aku ni buta, tidak nampak mana punca sebenar, kabur akan masalah yang terselindung.



Bila kita buat baik, fine, orang terima dengan rela hati, makin suka pun ada. Then, when the time i was in need. I realised that soo little would be ready to stand by me. (of course by that time lah. Now it is completely a different world) Bab different world tu nanti ceghita lagi no. These thing kept on repeating by itself. It took me soooooooooooooo long to finally realise this. To be frankly saying. It took me 3 years. That was half of my 6 years programme here. Yes it was 3 years. Selama ni aku pelik, serius pelik kenapa la macam ni jadi. Mana pulak salah aku. Kurang kat mana ye. 



Tidak dinafikan dalam tempoh tiga tahun ni lah aku develeop macam macaaaaaaaaam behaviour yang tak elok lah. Yang mazmumah semua kebanyakkannya ada. Macam macam. (nak sebut pun cheq malu sket. hehe) Ke situ ke sini ada saja yang tidak kena. 



Pada masa yang sama aku tak pernah menafikan ada mereka yang baik hati, yang tinggi nilai budi pekerti di mana seringkali tolerate, compensate dengan aku. So, tak terucaplah jutaan terima kasih untuk mereka semua. Thanks bros!



So, mana titik permulaan, batu segala loncatannya? Jeng jeng jeng lagi. 
Kejadian yang membuatkan aku sedar bahawa the way I'm being a friend was wrong ialah bila aku ada burst  up dengan sahabat baik aku (yang mana budi jasa dia tak dapat aku balas sampai bila-bila) *ngada-ngada mata nak berair, hish, annoying. heuheuheu* Kisahnya aku rasa biarlah aku rahsiakan bagaimana terjadinya burst up tu semua tapi pokok pangkalnya ia berjaya memngubah minset aku. Kalau dalam buku Stephen R. Covey (Seven Habits of Highly Effective People) - He called it as a Paradigm Shift. Di mana baru aku paham selama ini cara yang aku anggap betul tu sebenarnya hanyalah superficial sahaja. Nampak sahaja luarannya betul tapi asas mindset tu salah. 





Awak nampak wanita berdagu ke benda lain dalam sekeping gambar ini? Jika awak nampak wanita berdagu dan kemudian nampak benda lain ataupun sebaliknya - itu lah dinamakan Paradigm Shift. 





Jujurlah aku ceritakan kat semua, aku dah siap rancang bahawa bila besar nanti aku nak kenalkan dia dekat anak-anak aku. Nak bagitahu diorang "Anak-anak, ni kawan abi yang baaaaanyak tolong abi masa belajar dulu-dulu. Abi nak anak-anak contohi uncle. Bersahabat abi tak kisah berapa ramai. Asal nawaitu kita tak lari. Bersahabat kerana kita ingin mencari sebuah ukhuwah untuk nun dapat berkat daripada Allah bukan atas dasar nilai kekayaan atau paras rupa." *Yang ni ayat macam terlebih detail plak* Ahaks. Tapi Allah itu Maha Berkuasa. Kita merancang tapi Dia yang menentukan. lama kami tidak berkomunikasi seperti biasa.. (Bertegur tapi tidak mesra seperti dulu. Sebab usaha nak jaga amaran keramat kalau 3 hari tak bertegur sapa)



Pastu aku cuba fikir positive, cuba fikir benda ni boleh selesai. Dah kenal 3 tahun datang jalan ke rumah, jumpa mak sedara dia sekeluarga dekat KLIA family dia pun dah kenal sebab jumpa kat Airport PC, keluar ronda-ronda skali taim cuti summer dan macam-macam lagi takkan boleh hilang macam tu je persahabatan ini? Macam-macam aku cuba buat. Yang paling sengal, aku banyak gila layan lagu Jason Mraz - I Won't Give Up bajet macam nak hantar mesej yang kita still boleh bersahabat baik seperti dulu. Tak sedar lagi tuh, dok ralit fikir benda ni boleh selesai. Sampailah aku cerita masalah ni dekat kawan baik aku yang besar sekali dari sekolah rendah lagi sampai sekarang dok kontek tak putus-putus. (dia nie sengal tak sengal masa kecik-kecik dulu kacau aku dengan gambar pompuan kat air terjun ada hantu kat belakang. Takut weiiii..! Haa, sape nak amik dia buat calon isteri boleh DM aku anytime. Jangan risau dia sangat menjaga adab dah sekarang plus GENIUS. Hahaha..) So, dia ceritakan dekat aku sisi sebenar masalah aku ni dan apa dia possible outcomes dia. 



Awal-awal tu aku masih dalam denial la jugak kan. Tak percaya apa yang dia cakap ni betul. Mana boleh macam tu. Lebih kurang gitu lah. Haha. Pastu sampai suatu ketika aku terfikir sejenak."Eh, betul ke apa yang aku buat selama ni? Yolo ko mg nih? Ngarut jah napok."Until that point la baru aku slowly developed new paradigm mengenai persahabatan yang aku buat dulu dan apa yang SEPATUTNYA aku buat. 



Perkara ni makin jelas terutamanya bila aku tidak balik beraya tahun ni. Tinggal di rumah Pol dan Azri. Baru aku nampak apa yang selama ni kurang. Thanks untuk korang sume (Pol, Azri, Amin dan Mas) Terharu jugak la bila diorang buat surprise Birthday party masa tu Scott dan Acap pun ada sekali. Awal-awal diorang cakap nak buat makan sedap-sedap Scott jadi tukang masak. Aku pun tak syak apa-apa kire on je siap tanye lagi berapa ni nak chip in sikit sorang nih? Haha, lawak. 



Daripada diorang la aku belajar mana tak kena, macam mana nak betulkan balik semua. Amin sempat pesan kat aku, "kita kena belajar untuk COMPENSATE bila duduk ramai-ramai ni." Dalam hati aku awal-awal tu blurr la sikit tapi Alhamdulillah makin hari makin nampak apa itu COMPENSATE. 



Macam tu lah, hari demi hari, aku tetapkan dalam hati. Yang lepas tu lepas lah. Yang masih ada sekarang, yang masih di hadapan belum kita ketahui. Yang inilah kita kena jaga, setup balik. reverse balik mindset. Yang penting, dalam jalan ini jangan pernah ada putus asa. Yakin, rahmat Allah tu sentiasa ada. Allah dah bagi manusia ni berpuak-puak agar nanti kita ni boleh saling menjaling ukhuwah, membina asas silaturrahim yang dalam dia ada barokah. 



So, macam kesimpulanlah sikit daripada aku yang tak seberapa nih. Kita nak bersahabat, carilah seramai mana pun. Kawan biar seribu, musuh jangan dicari. Tapi jangan lupa dalam bersahabat ni kita kena belajar 'Draw A Line' antara apa yang kita boleh lakukan dan apa yang kita tak boleh lakukan. Konsep 'Draw A Line' ni sama sahaja aplikasinya di mana-mana sahaja. Sama ada dengan kawan-kawan, cikgu-cikgu, majikan malahan keluarga kita sendiri! Nampak benda remeh tapi kita lupa benda ini ialah panduan menentukan kita bahagia dan membahagiakan ataupun sengsara menyeksakan. Selagi nafas dikandung badan segalanya masih belum terlambat. There's always a way back HOME. Allah is always open for our Doa, for our Taubah. Ask from Him. Ask Him so that we live a happy life in this world and the hereafter, ask Him to guide us all along this journey, ask Him to preserve us from doing maksiat, ask Him to help us to carry out our obligation towards him - Solat 5 waktu (paling pnenting) etc. and ask for His Guidance pray for our parents as that is one of our way to become a Soleh/Solehah son/daughter to our parents, insyaAllah. 

Ameen.


p/s 
 #1 : Fuhh, panjang kemain tulus harap ada yang bermanfaat. Yang buruk kalian jadikan sempadan yang    baik sama-sama kita amalkan. Huhu.

#2  : Adehh, tak tido lagi, ada lecture hari ni. Mengatuk tahap gaban la nanti dalam lecture. =.="

#3  : Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis kang nanti kalau hentam dalam satu entri kang jenuh pulak awok awok nak baca nanti. Nanti la, sequel prequel sibo mokniko (macam-macam) nanti akan keluar. :)

#4 : Saya insan hina, gembiralah saya jika kalian sudi titpkan doa yang terbaik untuk saya. Moga dapat berubah menjadi insan lebih baik, lebih berakhlak. Huhu, harapnya tercapai. Ameen :)














No comments:

Post a Comment