Wednesday 19 September 2012

Waitress vs Playgirl

Assalamualaikum semua!

Hehe, title dah mengancam dah tu. Haaa, meh meh amik pol cepat. AFundi sikit mana yang bakal menang? Hehe, takde la, bukan nak raih undi nih, bukan pula nak try lawan SportToto ke lumba kuda ke apa nih. Ianya cuma satu perbandingan yang nampak ringkas tetapi.... ok, nampak ringkas.

Dah tu kenapa pulak tetiba keluar Waitress versus Playgirl nih? Asal usulnya bermula daripada retweet kawan aku dekat Twitter (oitt, jom pakat-pakat follow aku kat Twitter. Pomote pomote!) yang mengetengahkan isu perempuan banyak layan lelaki tidak wajar diambil menjadi ISTERI! Jeng jeng jeng..!

Jadi macam mana pula ye perempuan yang suka layan lelaki ni? Cikgu cikgi layan anak murid? Nurse rawat pakcik-pakcik? Waitress yang pergi amik order dekat meja lelaki? Macam mana ni sebenarnya kalau nak kategorikan sebagai wanita yang banyak melayan lelaki? (Fenim Fenim.)

Kalau kita nak blacklist habis semua wanita yang bercakap dengan lelaki memang kita jadi AnTerTu la (Anak Teruna Tua) ye dak? Tapi semuanya terpulanglah kepada individu masing-masing. Ada yang berakhlak baik mestilah nak yang sekufu, seiring dan sejalan orang kata. Sama-sama berakhlak sama-sama menjaga adab pergaulan. Itu tidak aku pertikaikan, memang satu realiti. Fitrah manusia yang inginkan kepada kesempurnaan walaupun semua almaklum bahawa nobody is perfect but it's fine as long as she's perfect in your eyes. Isn't it?

Namun ada jugak dalam kalangan bakal imam imam muda ni (ceh bajet) berkenan kepada wanita yang tidak sempurna, yang banyak kekurangan. Bagus, mereka patut di respect. Kerana apa? Sebab pada pandangan aku mereka nampak wanita itu dari segi positive. Mereka yakin, di situ ada peluang untuk mereka bersama-sama berubah untuk mencari Redha-Nya dalam melayari hidup sebagai suami isteri (bukan couple maple ye).

Satu pengalaman yang aku sempat alami pun menceritakan segala-galanya. Dia ni seorang Al- hafiz dari sebuah pondok, memang mantaplah hafazan dia. Ditakdirkan dia mengambil kursus Kejuruteraan dan berjauhan jugaklah dia dengan keluarga untuk seketika. Jadi si anak ni pulang ke kampung membawa satu hajat yang besar untuk dikhabarkan kepada ayah dan ibunya.

Lantas si anak pun mengeluarkan sekeping gambar untuk memberitahu kepada si ibu dan ayah tentang hajatnya untuk mengahwini wanita tersebut. Maka terkejut besarlah si ibu dah ayah ni bila melihat gambar yang dihulurkan itu merupakan seorang MODEL! Cukup aku gambarkan dia sebagai model and hope you all will understand the rest. (Sabar, sabar, husnuzon kengkawan, cerita pengajaran nih)

maka si ibu dah ayah pun menyuarakanlah kebimbangan mereka setelah mendapat tahu hajat si anak untuk memperisterikan wanita tersebut. Si anak terus meyakinkan ibu bapa mereka bahawa dia yakin dia mampu membimbing bakal isterinya ke jalan yang benar. Maka, oleh kerana sayang ibu dah ayah terhadap anaknya maka berkahwinlah mereka berdua.

Alhamdulillah, sekarang isterinya telahpun bertudung dan mereka berdua telah terbang ke luar negara kerana si suami akan melanjutkan pengajarannya di sana. Jika sudah akhlak yang baik, hafiz lagi tu, bila di luar negara ni si suami membuka kelas Al-Quran untuk dihadiri rakan-rakan senegara yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran. Mantap! Tapi ada lagi yang lebih mantap.

Komen si isteri di FB bila si suami update aktiviti mengaji mereka- "Eh, nak join jugaklah belajar mengaji sama-sama :D." " Boleh, untuk awak saya dah reserve waktu special untuk kita belajar sama- sama ye. :)," balas si suami. Kan sweet tu. Mantap lagi! InsyaAllah bahagia keuarga mereka. Sama-sama kita doakan.

(Hamboi die ni sedap dok kritik orang tu suka macam ni orang sana suka macam tu, dia apa cerite?)
Ahaks, adoi terasa pulak aku kat situ. Heuheuheu,

Pada pandangan aku? Harap korang jangan gelak pulak kalau aku cerita nanti. Heuheuheu.
Bagi aku, cukuplah setakat dia ni seorang yang baik. Baik itu tidak perlu jadi ustazah, tidak perlu jadi pensyarah dalam bidang tafsir All-Quran. Baik itu dia tahu menjaga yang mana Allah suruh yang mana Allah larang, sembahyang 5 waktu dan taat kat aku. Huhu, tak leh blah nak suruh taat taat lah. Eyy, mestilah kot. Hihi. Taat itu bukan bermakna aku raja engkau gundikku. Taat itu melaksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri. Saling melengkapi antara satu sama lain.

Yang paling penting, dia boleh terima kedua ummi dan abah aku serta ahli keluargaku. Terimalah mereka dengan seadanya. Baik buruk mereka sama-sama kita pelihara. Aku jugak sama, aku bertekad once bila sampai masanya untuk aku menerima seorang isteri, aku bukan menerima dia sahaja, aku menerima ayah dan ibu dia, adik beradik dia. Keluarga dia. Sebab kita kahwin bukan dengan dia sahaja, tapi dengan seluruh ahli keluarga dia. Itu pokok pangkal yang penting sebab sesetengah suami ni dia lupa bahawa si isteri tu masih ada mak ayah, adik beradik yang pasti sangat-sangat dirindui bila lama dah tak bertemu mata. Ye dak?

Jodoh itu di tangan tuhan kita boleh merancang "Ok, nak kahwin dengan dia ni nanti." Tapi jangan lupa yang menentukan tu Allah. Nanti bila sampai jodohnya kita kena terima dengan redha. Mungkin apa yang kita tak suka tu baik untuk kita dan mungkin apa yang kita suka tu tidak baik untuk kita. Itulah yang aku yakin, yang aku pegang sampai sekarang. Boleh merancang tapi hati itu kena bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Jika dia bukan jodoh kita, kita terima dengan hati terbuka. Pandang dari sisi positif. Tapi kalau jika apa yang kita rancangkan itu Allah perkenankan, insyaAllah. Jangan lupa panjatkan kesyukuran. Tengok sapa yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kan kan kan? :)

Haha, takleh cerita panjang panjang kan nanti bocor rahsia-rahsia taman ini. Haha!
Harap korang enjoylah ye dengan tulisan picisan nih. Sedikit pun bukan nak menunjuk-nunjuk bukan nak bertalam dua muka tetapi atas keinginan hati yang ingin berkongsi pandangan di sini. Harap yang baik boleh diteladani yang buruk boleh disempadani.

InsyaAllah jumpa di entri yang lain!

This song is for you :) *Well if you found my blog lah kan*

No comments:

Post a Comment