Tuesday 25 September 2012

Mr Incredible and Elastigirl

Assalamualaikum semua! 

Hari ni baru siap hantar assignment dekat pensyarah dalam subjek Military Medicine. Syukurlah dekat sini assignment dia tidaklah strict macam di Malaysia yang mana sumber dia nak daripada original sendirian berhad. Kat sini dia longgarlah sedikit as long as we submit the assignment in a proper manner, in a correct format asked and of course in a correct grammar(part ni yang letih. Nak kena google artikel fully in Russia language.) So, nanti nanti lah aku cerita pasal assignment aku ni. Topik dia paling mantap. New weapons of mass destruction in Geophysical and Electromagnetic. Mantapp? Hahaha, pensyarah pun geleng kepala kenapalah aku amik topik ni. 

Baik, balik kepada pokok pangkal entri ni aku tulis. Sebab malam ni macam nak rilek-rilek no gaming no nothing. So aku pun bukak la page youtube dan ternampak si Aiman Azlan ni upload vlog pasal birthday dia (Sweet 22 bro!) So dalam banyak-banyak celoteh dia aku tertarik kepada satu ayat yang aku rasa ramai dah perasan ayat-ayat ni baik di FB mahupun di Twitter ataupun in real life. Ye dak? Ayat dia berbunyi "We as youngsters are too busy of growing up that we forget our parents are growing old." Macam tu lah ayat dia lebih kurang. Janji maksud dia sampai kat semua. 

So, walaupun ayat ni dah biasa aku dengar, dah berulangkali di shared di FB/Twitter, tapi bila tengok vlog daripada Bro Aiman Nazlan ni, dia macam bagi aku LIghtbulb. Alah, macam dalam cerita kartun bila diorang dapat idea keluar lightbulb sebiji kat atas kepala tu. Haha, macam tu lah yag aku rasa. 

Kekadang kita sibuk nak jaga diri sendiri bila umur dah meningkat naik ni. Nak jaga pemakaian, nak jaga penampilan haircut bagai, nak cari makwe pakwe (oopps) nak jalan sana sini. Tapi terfikir tak kita tentang mak ayah kita kat kampung tu? Pernah tak? 

Aku bercerita ni bukan atas kapasiti anak soleh ke, pemenang anak mithali kebangsaan 2018 ke ape. Aku cuma nak berkongsi pandangan aku lah tentang topik ni. Mak kita mengandungkan kita 9 bulan, bawak ke hulu ke hilir. Cukup 9 bulan masuk bilik bedah sama ada beranak secara normal ataupun Caesarean (bro fist to all Caesareans!) Dah beranak tu jaga pulak kita, susukan kita. 

Aku teringat cerita abah banyak kali bagi tahu kisah ummi terlantar kat hospital selama 2 bulan sebab nak lahirkan aku. Masa tu doktor dah 50-50 dah. 2 bulan sebab aku lahir secara Caesarean. Aku masih ingat lagi bila tengok parut kesan surgery kat perut ummi. Panjang dalam 20-25 cm anggaran dia. Letihkan parents kita nak bawak kita ke dunia nih. 

Tak masuk kisah bapa pula bila dah dapat anak kecil yang comel putih bersih suci ni bersemangatlah nak besarkan anaknya dengan sesempurna mungkin. Sebaik mungkin. Tak mahu anaknya merasa kekurangan dalam pelbagai aspek. Bangun malam lampin habis keluar pergi cari lampin. Anak nak habis susu pergi angkut kat Giant dalam 5 6 tin. Gitu lah kalau  nak cerita semua tak habis, tak terungkap dalam satu entri. 

So what do we do for them in RETURN? Mana usaha kita untuk sekurang-kurangnya menggembirakan mereka?

Tu lah, aku bukan nak tuding jari kat sesiapa, malah aku sendiri pun kekadang rasa tak mampu nak bahagiakan mereka especially bila dah duduk berbatu-batu jauh dari keluarga. 

Tapi anak mana tak sayangkan ibu bapa mereka bukan? Tipulah kalau ada yang benci sebencinya dekat ibu bapa mereka. Paling kurang cari peluang untuk buatkan mereka rasa dihargai. Aku akui bab telefon seminggu sekali pun aku liat jugak sebenarnya ( harap jangan contohi ye.) Tapi aku cuba jugak cari masa, cari kredit nak telefon rumah. Mungkin pelik awat la aku ni telefon. Pakailah skype ke ym ke viber ke. Heuheuheu. Internet kat rumah aku dah takde sebab ada masalah dengan kabel ape ntah yang aku tak paham. So the only solution left is to make a phone call. 

Aku tak nak cadangkan apa-apa cara untuk kita ni tunjukkan bahawa  kita hargai ibu bapa kita. Tapi apa yang aku mahu katakan di sini, kita tak perlu buat something grand, tak perlu nak buat high high. Yang penting apa yang kita buat tu datang dari hati kita. Seikhlas mungkin. Kekadang kita terlupa yang ibu bapa ni bukan nakkan duit pun (eventhough that might be useful) tapi mereka mahu mereka ada tempat di hati anak-anak. Rasa disayangi, rasa dikasih rasa dihargai. Itu sahaja. 

"Eh, memanglah diorang ada tempat kat hati aku. Tempat paling tinggi kot. Spesel gitu." Kata Abu bin Samad sebentar tadi. Hihihi. Kawan, buka setakat kata-kata kita untuk mengiakan tempat ibu bapa kita di hati tetapi ZAHIRKAN ia kepada kedua orang tua kita. Duduk jauh tak apa, ada cara dia selagi kita kreatif untuk menyampaikan perasaan kita, perasaan sayang cinta kita dekat ibu bapa kita. Percayalah, buatlah ia sekarang sebelum mereka berdua dijemput Illahi. 

So? Harap-harap semua termasuklah aku cuba lagi dan cuba lagi untuk mengasihi ibu bapa kita. Ummi AbahI Love You damn so much! Gonna miss you every night  in my dream. I really do. You complete my life as a son. May Allah bless you in everything you do. Ameen 

So sesape yang tak tengok lagi birthday sweet 22 Bro Aiman Nazlan ni boleh usha-usha kat bawah tu. 


Aite all, sweet dream. Be positive be proactive!

No comments:

Post a Comment