Tuesday, 5 January 2010

Hati...

Pernah aku dengar ustaz berkata bahawa hati yang bersih itu mampu membimbing empunya hati dengan betul ke arah jalan Allah. Tapi hati ini? Sungguh aku rasa penuh dengan titik-titik hitam yang lahir dari dosa-dosa empunya badan. Kenapa? Bila tiba masa untuk aku melakukan turning point untuk menjadi lebih matang?
Orang selalu cakap- life is a learning process. betul life is a learning process tapi mane titik kematangannya? Belum aku jumpa lagi, belum. Kenapa? Mungkin sebab dosa-dosa aku ini.
Semalam chat dengan kawan dan dia cakap "berhentilah fikir pasal orang lain, tapi fikir pasal diri sendiri". Macam boleh terima juga idea dia ni. Betul aku asyik fikir macam mana nak happykan semua disekeliling aku. Tapi Ummi Abah macam mana? Adik, Ebby,Abe Nik, Kakak, n Abe macam mana? Ada ke usaha aku untuk mereka? macam mana ni? Post kali ini aku nak tulis pasal apa yang aku rasa saja. Dah tak nak fikir dah pasal benda lain. Susah. Suatu perkataan simple nak describekan masalah untuk berubah. Ada 2 perkataan. Susah- untuk hidup dalam keadaan yang teruk dan Susah - untuk berubah kepada lebih baik. Sehinggakan ramai yang pilih untuk hidup susah berbanding susah untuk berubah. * Quote daripada Ustaz Hasrizal@saifulislam.com. Memang, dalam berbicara begitu mudah untuk berkata-kata sedemikian. Tapi bagaimana HATI empunya badan yang mengawal seluruh akhlak tingkah laku seseoraang. Di mana dia mampu mentrigger empunya hati ke arah perubahan yang lebih baik. Di mana dan BILA?
Kadang - kadang i wish that i could rotate the time. i want to be a child again. growing up and build the other characters of myself. Actually aku menyesal sebab aku dah melepaskan banyak peluang masa dekat FARIS. Irefused to be a rugby player, i refused to be a debater for English debate team, i made myself to be naughty enough when i was form 1, and so many other thing.
Because of what? the character of myself during that time. Immatured person of course.
So what i'm going to do right now?
bila flashback balik semua kat atas ni, aku dapat rasa aku ni jenis tak bersyukur. Kenapa? Sikap aku yang selalu inginkan yang lebih. Sudah. belajarlah erti bersyukur. Sesungguhnya orang yang kufur nikmat itu hina di sisi Allah. Allah kurniakan pelbagai n ikmat kepada kau. Tapi apa aku balas? DOSA!! Bagaimana? Mana amal ibadat kepada Allah?.. Mungkin hati ini memerlukan sesuatu.. sesuatu yang datang dengan usahaku ke arah ia.. insyaAllah akan tiba tetapi tidak dinafikan dalam hidup dalam persekitaran baru ni memang banyak perlu dibalancekan balik...
So?? .......
i'll find that solution.. insyaAllah...

1 comment:

  1. Everybody has a past Everybody lives a present And Everybody deserves a future..
    so,
    berubah bukan mudah,tp bukan mustahil..
    insya Allah u can do it!
    Ganbattene Amzar~

    ReplyDelete